Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

164) ISU BERKAITAN PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Ahli Parlimen dan ADUN dilibatkan dalam memberikan maklum balas tentang projek MRT kerajaan pusat?

    1. Pihak Kerajaan Negeri telah mencadangkan agar diadakan sesi rundingan awam bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ahli Parlimen dan ADUN terhadap pembinaan projek MRT berkenaan. Sesi rundingan ini akan melibatkan semua pihak dan mereka akan diberi taklimat dan seterusnya sesi dialog atau town hall akan dianjurkan supaya semua pihak dapat memberikan pandangan dan maklum balas terhadap projek MRT ini. Selain dengan mengadakan sesi rundingan awam, sesi hebahan awam juga akan diadakan oleh SPAD di setiap PBT-PBT yang terlibat agar semua pihak dapat memberikan maklum
  2. Apakah peranan yang boleh dimainkan Kerajaan Negeri dalam mengatasi kesesakan lalu lintas dan kepadatan pembangunan khususnya di Petaling Jaya memandangkan agensi seperti LLM, SPAD, Rapid KL berada di bawah Kerajaan Pusat?

    1. Walaupun LLM, SPAD dan Rapid KL terletak di bawah pemerintahan  pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri akan mengadakan sesi perbincangan bersama dengan pihak JKR, LLM, SPAD dan SPNB bagi memastikan sistem pengangkutan awam dapat dikoordinasikan  dengan  baik  bagi mengatasi kesesakan lalu lintas dan kepadatan pembangunan  yang  semakin meningkat. Walaupun ia merupakan agensi atau jabatan  yang terletak  di bawah pemerintahan Kerajaan Persekutuan tetapi kerjasama yang dijalinkan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan adalah amat

Lampiran

Tiada Lampiran.