Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
252) ISU BANJIR KILAT KAMPUNG LABU LANJUT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Isu banjir kilat di kawasan Kampung Labu Lanjut masih belum mendapat penyelesaiannya. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah ini?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor Selangor telah merangka beberapa langkah untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan Labu Lanjut, Daerah Sepang. Antaranya ialah:
- Menyediakan ‘Master Plan Drainage System‘ kawasan Labu Lanjut bagi mengenalpasti sistem saliran sediada dan penambahbaikan kepada sistem
- Merancang dan mencadangkan bagi pembinaan rumah pam kekal bagi setiap saluran keluar air larian hujan di kawasan Labu
- Permohonan peruntukan tambahan bagi penyelenggaraan parit sebanyak 4 pusingan setahun sedang dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan