Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
192) ISU BANJIR KILAT DI TAMAN BAIDURI 2
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah terdapat sebarang usaha untuk membantu penduduk mengelak dari ditimpa banjir tiap kali hujan lebat?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin terhadap keperluan penduduk terutamanya yang melibatkan keselamatan nyawa dan harta benda. Taman Baiduri 2 terletak di Pekan Dengkil yang berada di dalam kawasan tadahan Lembangan Sungai Langat. Taman ini merupakan kawasan berisiko banjir yang mengalami kejadian banjir sebanyak dua (2) kali setahun. Namun demikian, dengan adanya langkah-angkah mitigasi yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri, kejadian banjir dapat dikurangkan kepada sekali tahun. Kawasan yang terjejas akibat banjir adalah seluas 0.1 kilometer persegi dengan kedalaman banjir sehingga 0.3 meter melibatkan Jalan Baiduri 1, Jalan Baiduri 2 di Taman Baiduri 1, Taman Baiduri 2 dan Taman Permata.
Antara punca kejadian banjir berlaku di Taman Baiduri 2 adalah seperti berikut:-
- Hujan lebat melebihi 80 mm.
- Paras air Sungai Langat yang tinggi menyebabkan air dalaman tidak dapat mengalir keluar ke sungai.
- Pengurusan sampah yang tidak teratur.
- Limpahan Sungai Langat.
- Struktur sistem saliran yang tidak sempurna.
Bagi mengatasi masalah banjir di Pekan Dengkil, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah menjalankan beberapa langkah jangka pendek dan langkah jangka panjang.
Antara langkah jangka masa pendek yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
-
Apakah tindakan lanjutan bagi memastikan isu ini diselesaikan segera dan mengelak sebarang kerugian dimasa hadapan terhadap penduduk?
Sebagai langkah jangka panjang, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 1, Selangor dengan kos projek sebanyak RM41 juta untuk dilaksanakan oleh JPS. Status terkini adalah dalam proses reka bentuk terperinci oleh perunding dan kerja fizikal dijangka tender pada sukuan keempat tahun 2023. Projek ini dijangka dapat menyelesaikan masalah banjir di Pekan Dengkil yang merangkumi skop kerja seperti berikut:-
- Pelebaran dan pedalaman sungai
- Pembinaan floodwall
- Pengukuhan dan penstabilan tebing Sungai Langat
- Pembinaan water control gate
- Pembinaan sistem pam
- Sistem pam termasuk sistem Mekanikal & Elektrikal (M&E)
- Menaiktaraf sistem sliran utama
- Pembinaan log boom
- Pembinaan kolam takungan banjir
Selain itu, JPS telah membuat permohonan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, Selangor kepada Kerajaan Persekutuan melalui Peruntukan Pembangunan Persekutuan secara Off-Budget. Di samping itu, JPS juga telah memohon Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 3, Selangor melalui Peruntukan Pembangunan Persekutuan di bawah RMKe-12 (Rolling Plan 4). Namun demikian, pelaksanaan kedua-dua adalah tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan. Maklumat projek fasa 2 dan fasa 3 yang telah dipohon adalah seperti berikut:-