Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
196) ISU BANJIR KILAT DI HULU LANGAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berikutan berlaku bencana banjir kilat di DUN Dusun Tua pada 17.6.2017 yang mengakibatkan kematian, kerosakan harta benda, dan jalan terputus, adakah Kerajaan bercadang untuk membuat kajian menyeluruh dan bersepadu bagi mengambil langkah yang berkesan?
Hasil kajian hidraulik dan hidrologi oleh pakar dari JPS mendapati kadar hujan yang turun di daerah Hulu Langat bermula dari Batu 23 (upstream) ke Batu 10 (downstream) pada hari kejadian adalah melebihi 82 ARI (Annual Rainfall Intensity) dalam tempoh 2 jam hujan.
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM 41.0 juta untuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat. JPS Ibu Pejabat Malaysia kini dalam proses perlantikan perunding dan jurukur. Pelaksanaan projek akan diberi keutamaan bermula dari Daerah Hulu Langat melalui Daerah Sepang ke Daerah Kuala Langat. Pecahan kos peruntukan akan dimuktamadkan selepas perlantikan perunding.
Laporan Banjir tersebut adalah seperti di lampiran 1 (LAPORAN BANJIR SELANGOR). Untuk makluman, laporan banjir ini akan dihantar ke Bahagian Bencana Negeri dan juga Bahagian Hidrologi JPS Malaysia setiap kali berlaku banjir untuk tujuan rekod.
-
Jika tidak, apakah langkah alternatif?
Antara langkah alternatif atau tindakan segera daripada JPS Daerah adalah mengeluarkan kerja-kerja kecemasan dengan anggaran kos RM500,000.00 dengan pecahan 25 kerja segera dengan 10 jentera telah dikerahkan pada 18 Jun 2017.
JPS Selangor telah mengambil tindakan segera dengan jumlah peruntukan RM 1.4 juta keseluruhan untuk Parlimen Hulu Langat bagi mengatasi masalah banjir dan kerosakan selepas kejadian banjir pada 17 Jun 2017.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Pecahan kerja segera:
- Kerja-kerja mencuci gali Sungai Lui – 2 kerja
- Kerja-kerja mencuci gali Sungai Perdik – 2 kerja
- Kerja-kerja memcuci gali Sungai Serai – 2 kerja
- Kerja-kerja mencuci gali Sungai Jernih – 2 kerja
- Kerja-kerja mencuci gali Sungai Michu – 2 kerja
- Pecahan kerja sepanjang 15km di Sungai Langat – 15 kerja Pecahan kerja kecemasan:
Kerja-kerja yang melibatkan skop dan struktur-struktur utama yang rosak contohnya tebing sungai, jambatan JPS dan berkaitan telah dipanggil sebutharga seperti berikut ;
TAJUK KOS KERJA-KERJA KECEMASAN DI LUAR JANGKA SUNGAI LANGAT BAGI MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DAN
PEMBETUNG DI KG DUSUN TUA,MUKIM HULU
LANGAT,DAERAH HULU LANGAT
250,000.00 KERJA-KERJA KECEMASAN DI LUAR JANGKA SUNGAI LUI BAGI MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DAN PEMBETUNG DI
KG SUNGAI LUI,MUKIM HULU LANGAT,DAERAH HULU LANGAT
250,000.00 KERJA-KERJA PEMULIHARAAN SUNGAI UNTUK MENGURANGKAN RISIKO BANJIR (PENSTABILAN TEBING)
SUNGAI LANGAT DI BATU 13, MUKIM HULU LANGAT, DAERAH HULU LANGAT
400,000.00 KERJA-KERJA PEMULIHARAAN SUNGAI UNTUK MENGURANGKAN RISIKO BANJIR (PENSTABILAN TEBING)
SUNGAI LANGAT DI BATU 17, MUKIM HULU LANGAT, DAERAH HULU LANGAT
500,000.00 JUMLAH 1,400,000.00