Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
271) ISU BANJIR JALAN B27
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa kali berlaku bencana banjir di Jalan B27 ÒMissing LinkÓ pada tahun 2008 hingga 2019?
- Berdasarkan rekod banjir JPS dari tahun 2008 hingga bulan September 2019 sebanyak 15 kali banjir berlaku di Jalan B27. Pecahan kejadian banjir di kawasan ini dari tahun 2008 hingga bulan September 2019 adalah seperti Jadual di bawah:-
-
Apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran sedang melaksanakan projek Menaiktaraf Sungai Gong Dan Pembinaan Kolam Takungan Banjir Serta Kerja-Kerja Berkaitan Fasa 1 Di Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor. Kos projek adalah sebanyak RM7.6 juta. Kemajuan pelaksanaannya adalah 95% dan dijangka siap pada Disember 2019. Manakala pelaksanaan untuk Fasa 2 Jabatan Pengairan dan Saliran sedang mengadakan kerja-kerja siasatan awalan bagi tujuan rekabentuk cadangan projek tebatan banjir di kawasan tersebut yang merangkumi pembinaan 2 buah kolam takungan banjir di kawasan perindustrian Taman Pelangi dan kawasan bersebelahan tol Rawang.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Tiada banjir direkodkan di kawasan ini dari tahun 2008 hingga 2017. Punca banjir pada tahun 2018 adalah disebabkan oleh aras jalan yang rendah, aliran Sungai Gong tidak dapat mengalir dengan lancar kerana terdapat struktur dan juga projek JPS dan JKR di dalam pelaksanaan.