Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

103) ISU BANJIR DI TAMAN MUTIARA BUKIT RAJA, KLANG

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir yang berlaku setiap kali hujan lebat di kawasan Taman Mutiara Bukit Raja, Klang?

    Langkah – langkah yang diambil bagi menangani masalah banjir di Taman Mutiara Bukit Raja Klang, Majlis Perbandaran Klang telah bersetuju dengan pemasangan sistem pam oleh pihak pemaju Tetuan Titijaya Land Bhd. Kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan sistem pam telah pun selesai dilaksanakan pada bulan Jun 2019.

  2. Apakah wujud perancangan jangka panjang oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?

    Bagi cadangan jangka panjang perkara ini telah dibincang di peringkat Exco Infrastruktur Kerajaan Negeri bersama agensi-agensi teknikal dan pihak konsesi Lebuhraya Grand Sepadu dan Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) yang berhampiran dengan taman tersebut pada bulan Jun 2019.

     

    Pihak Kerajaan Negeri ada meminta pihak konsesi Lebuh Raya Grand Sepadu mengenalpasti kawasan lapang di persimpangan bertingkat Jalan Meru untuk dijadikan kolam takungan dan mengkaji semula aliran air daripada kedua-dua pihak Lebuhraya Grand Sepadu dan Lebuhraya West Coast Expressway (WCE).

     

    Usaha-usaha untuk mendapatkan kelulusan pembinaan kolam takungan banjir di kawasan rezab lebuhraya Shapadu dan Lembaga Lebuhraya Malaysia sedang dilaksanakan. Pembinaan kolam ini akan mengurangkan aliran puncak melintasi Jalan Meru sekaligus mengurangkan risiko banjir di Taman Mutiara Bukit Raja, Klang.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.