Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

350) ISU BANJIR DI SUNGAI MALONG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Banjir di Sungai Kuang yang melibatkan Kampung Gombak, Kampung Setia, Kampung Melayu Sri Kundang dan Taman Rahmat Jaya. Apakah punca banjir berlaku di kawasan-kawasan ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, banjir yang berlaku di Sungai Kuang melibatkan Kampung Gombak, Kampung Setia, Kampung Melayu Sri Kundang dan Taman Rahmat Jaya adalah berpunca daripada isu berikut:-

     

    1. Saliran dalaman yang tidak sistematik dan kapasiti saliran yang tidak dapat menampung jumlah aliran air hujan lebat.
    2. Aliran Sungai Kuang mengalir secara semula jadi di dalam tanah lot milik persendirian.
    3. Kawasan dataran banjir telah dibangunkan dan pembukaan tanah secara berleluasa tanpa kebenaran menyebabkan punca mendapan dalam sungai berlaku.
  2. Apakah cadangan penyelesaian yang bersifat jangka masa pendek dan jangka masa panjang?

    Antara langkah jangka pendek dan jangka panjang yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    • Langkah Jangka pendek
    1. Kerja-kerja penyelenggaraan ban sedia ada.
    2. Kerja-kerja pengorekan dan penyelenggaraan Sungai Kuang dan Sungai Kundang sebanyak sekali setahun.

     

    • Langkah Jangka Panjang
    1. Pelaksanaan Projek Menaiktaraf Ban Taman Rahmat Jaya, Daerah Gombak berjumlah RM4,000,000.00. Projek tersebut kini dalam peringkat lantikan perunding reka bentuk. Projek dijangka bermula pada sukuan pertama tahun 2025.
    2. Saliran dalaman juga perlu dinaiktaraf oleh pihak Pembangunan Luar Bandar (PLB) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Lampiran

Tiada Lampiran.