Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

367) ISU BANJIR DI KUANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penyelanggaran dan pembersihan longkang, parit, kolam takungan dan Sungai di Kuang tidak dilakukan dengan efisyen terutamanya apabila melibatkan Kawasan persendirian menyebabkan banjir kilat. Apakah perancangan pihak berkenaan bagi memastikan laluan air dibersihkan dan diselenggara bagi mengelakkan banjir?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah melaksanakan kerja penyelenggaraan sungai dan kolam takungan di Kuang secara berkala bagi memastikan ianya berada pada tahap optimum untuk menampung kapasiti air ketika hujan lebat. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada tahun ini sebanyak dua belas (12) perolehan bagi kerja-kerja penyelenggaraan Sungai Kuang dan cabang-cabangnya telah dilaksanakan manakala sebanyak tiga (3) kolam takungan di Kuang telah diselenggara secara berkala. Namun begitu, JPS Negeri Selangor berdepan dengan kekangan bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai yang berada dalam kawasan persendirian seperti laluan masuk ke kawasan persendirian dan struktur yang dibina berhampiran dengan sungai.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan ini tidak mempunyai obligasi terhadap penyelenggaraan dan pembersihan longkang dan parit di dalam kawasan persendirian.

Lampiran

Tiada Lampiran.