Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
351) ISU BANJIR DI ANAK SUNGAI MALONG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Banjir di Anak Sungai Malong yang melibatkan Lorong Ros, Lorong Bakawali, Lorong tanjung dan beberapa kawasan di Kg Damai. Apakah punca banjir berlaku di kawasan-kawasan ini?
Untuk makluman Yang Berhormat, kejadian banjir yang berlaku di kawasan Lorong Ros, Lorong Bakawali, Lorong Tanjung dan beberapa kawasan di Kg. Damai adalah disebabkan oleh isu-isu seperti berikut:-
- Sistem saliran dalaman yang tidak sistematik dan tidak mampu menampung pertambahan air larian hujan.
- Pembangunan oleh pemaju Sime Darby telah memperlahankan aliran air dari kawasan yang terlibat kerana kedudukannya berada di upstream kawasan pemajuan Sime Darby.
-
Apakah cadangan penyelesaian yang bersifat jangka masa pendek dan jangka masa panjang?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor dan pihak pemaju Sime Darby telah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah banjir tersebut. Sehubungan itu, cadangan pembinaan kolam takungan banjir oleh Sime Darby akan dilaksanakan sebagai projek Corporate Social Responsibility (CSR) pihak pemaju. Kelulusan permit daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diperolehi memandangkan lokasi kolam tersebut adalah di bawah rentis TNB. Selain itu, kerja menaiktaraf sistem saliran dalaman juga perlu dilaksanakan oleh pihak Pembangunan Luar Bandar (PLB).
Bagaimanapun, bagi penyelesaian jangka masa panjang, JPS Negeri Selangor telah membuat permohonan projek baharu di bawah Rolling Plan Kelima (RP5) Tahun 2025 RMKe-12 melalui JPS Malaysia untuk pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg. Buloh Fasa 2. Cadangan pelaksanaan projek tersebut telah disenarai pendek oleh JPS Malaysia untuk diangkat bagi kelulusan oleh pihak Kementerian.