Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

132) ISU BANJIR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengawal dan mengurangkan kejadian banjir yang berlaku di Selangor khususnya kawasan Hulu Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod kejadian banjir di Daerah Hulu Selangor adalah berada dalam kategori banjir kilat. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melalui JPS Daerah Hulu Selangor telah mengenal pasti sebanyak 12 kawasan berisiko banjir seperti berikut:-

    1. Kampung Sentosa
    2. Kampung Rumah Murah Batu 30
    3. Kawasan Shell Hulu Bernam
    4. Kampung Genting Malik
    5. Kampung Selisek
    6. Kampung Masjid
    7. Kampung Sungai Nilam
    8. Taman Serendah Makmur
    9. Kampung Jawa
    10. Kampung Pasir
    11. Kampung Air Panas
    12. Kampung Orang Asli Sungai Jang

     

    Bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan yang telah dikenalpasti tersebut, kerja-kerja penyelenggaraan sungai secara berkala telah dilaksanakan melibatkan Sungai seperti berikut:-

    1. Sungai Batang Kali
    2. Sungai Bertam
    3. Sungai Serendah
    4. Sungai Liam
    5. Sungai Guntung
    6. Sungai Kubu
    7. Sungai Selangor
    8. Sungai Kerling
    9. Sungai Inki
    10. Sungai Bernam
    11. Sungai Geriang
    12. Sungai Merapoh

     

    Sepanjang tahun 2024, JPS Negeri Selangor melalui JPS Daerah Hulu Selangor telah melaksanakan sebanyak tiga (3) kerja pemulihan tebing sungai menggunakan Peruntukan Persekutuan. Berikut adalah kerja-kerja yang dilaksanakan oleh JPS Negeri Selangor:-

    1. Kerja-Kerja Pemuliharaan Sungai Bagi Mengurangkan Risiko Banjir Sungai Serendah Berhampiran Kampung Orang Asli Serendah Serta Kerja Berkaitan, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor.
    2. Kerja-Kerja Pemuliharaan Sungai Bagi Mengurangkan Risiko Banjir Sungai Serendah Berhampiran Jalan Bunga Raya 3 di Taman Ehsan Ibu Serta Kerja Berkaitan, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor.
    3. Kerja-Kerja Pemuliharaan Sungai Bagi Mengurangkan Risiko Banjir Sungai Batang Kali di Kampung Menyorok, Mukim Batang Kali, Daerah Hulu Selangor.
  2. Apakah projek-projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membendung isu-isu banjir yang berlaku di kawasan Hulu Selangor?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berikut adalah projek-projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membendung isu-isu banjir yang berlaku di kawasan Hulu Selangor:-

Lampiran

Tiada Lampiran.