Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

187) ISU BABI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selain dari babi apakah punca pendapatan Negeri Selangor dan perancangan masa depan Negeri Selangor?

    Pertumbuhan ekonomi tahun 2007 telah merekodkan sumbangan sektor
    pertanian hanya 3 peratus, sektor perindustrian 57.6 peratus dan sektor
    perkhidmatan 38.4 peratus daripada KDNK Negeri bemilai RM 105 bilion.
    Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan untuk memperkasakan
    sumbangan sektor perkhidmatan dan perindustrian tanpa mengabaikan sektor
    pertanian. Adalah diramalkan ekonomi negeri Selangor pada tahun 2008 akan
    berada dalam keadaan setara seperti tahun 2007 dengan kadar pertumbuhan
    6.6 peratus

Lampiran

Tiada Lampiran.