Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
102) INVEST SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan pelaburan terkini daripada hasil Invest Selangor ke luar negara dari Ogos 2023 hingga kini.
Dalam usaha mengekalkan pertumbuhan sektor perkilangan dan perkhidmatan sebagai penyumbang utama kepada KDNK Negeri dan Negara amnya, program – program penggalakkan pelaburan terus dilaksanakan dari masa ke semasa. Program – program seperti misi lawatan pengalakkan pelaburan ke luar negara bagi bertemu dengan para pelabur yang berpotensi diadakan secara berterusan. Strategi yang dilaksanakan tidak hanya tertumpu kepada pelaburan baharu sahaja tetapi turut menggalakkan pengembangan/penambahan pelaburan oleh para pelabur sedia ada di Selangor.
Program – program pertemuan secara fizikal mahupun secara atas talian terus dilaksanakan dari masa ke semasa bersama pelabur tempatan, luar negara dan juga dewan – dewan perniagaan dari dalam dan luar negara.
Bagi tempoh Ogos 2023 hingga Mei 2024, Invest Selangor telah mengikuti 5 misi pelaburan yang diadakan merangkumi negara China (Shanghai & Ningbo), Korea Selatan, Jerman, England dan Perancis.
Dalam misi pelaburan ini, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah menyertai program expo dan persidangan bertaraf antarabangsa melibatkan pemain – pemain industri dalam semikonduktor, perkhidmatan logistik, automotif, pelaburan digital dan sebagainya. Melalui penyertaan dalam program – program ini, Invest Selangor berpeluang untuk mengadakan perbincangan meja bulat bersama persatuan-persatuan perniagaan luar negara dan sesi taklimat promosi pelaburan bersama syarikat yang berpotensi untuk melabur di rantau ASEAN.
Berdasarkan program promosi pelaburan yang diadakan dan perbincangan bersama pelabur – pelabur yang berpotensi, sebanyak 21 syarikat telah menunjukkan minat yang serius untuk meneroka peluang – peluang pelaburan di Selangor.
Berdasarkan misi pelaburan yang diadakan, ketika ini terdapat 2 syarikat yang telah mengambil tindakan lanjut dengan mengadakan lawatan tapak ke lokasi cadangan yang telah disenarai pendek.
Dalam sektor aeroangkasa pula, terdapat beberapa syarikat terkemuka yang telah menunjukkan minat yang besar untuk melabur di Selangor. Antara negara – negara yang telah menyatakan minat untuk melabur di Selangor seperti Korea Selatan, Jepun, China, Turkiye dan juga Singapura. Antara keberhasilan yang dicapai dalam industri aeroangkasa seperti;-
- Pelaburan Dassault Aviation di Subang. Pihak syarikat memindahkan ibu pejabat syarikat daripada Hong Kong ke Malaysia khususnya di Subang dan telah membina fasiliti MRO berkeluasan 149,500 sqft. Fasiliti yang dibangunkan menjadi pusat Maintenance, Repair and Overhaul (MRO) penerbangan perniagaan terbesar di Malaysia.
- Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor juga telah membantu KarbonMRO iaitu sebuah anak syarikat kepada Dviation Group yang Kerajaan Negeri untuk membawa masuk HondaJets dan menjadikan Subang sebagai pusat Authorised Service Centre (ASC) pertama di rantau Asia.
- Melalui program kunjungan hormat dan sesi perbincangan bersama syarikat Singapore Airlines Engineering (SIAEC), Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor berjaya meyakinkan pihak syarikat untuk mengembangkan operasi perniagaan di Selangor. dengan membuka fasiliti di Subang.
Proses penarikan pelaburan, terutamanya yang melibatkan pelaburan nilai tinggi, umumnya mengambil jangka masa yang agak lama. Pelabur perlu membuat kajian kebolehlaksanaan yang teliti sebelum membuat keputusan strategik. Invest Selangor memainkan peranan yang penting bagi memudahcara pelabur dari peringkat awal yang turut melibatkan kajian kebolehlaksanaan hingga ke permulaan operasi syarikat dan seterusnya, selagi syarikat tersebut masih beroperasi di Selangor.
Invest Selangor akan memantau kemajuan projek pelaburan supaya ia berjalan dengan lancar dan mengikut jangka masa yang munasabah. Sebarang isu – isu atau permasalahan yang berbangkit akan dibentangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek Bagi Cadangan Projek Pembangunan Di Selangor (Mesra-Projek) yang diadakan secara berkala setiap bulan agar isu yang berbangkit dapat diselesaikan bagi membolehkan projek pembangunan yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
-
Berapakah projek sudah sampai ke peringkat komited kepada pelaburan?
Merujuk kepada statistik kelulusan projek – projek pelaburan komited yang diluluskan oleh MIDA bagi tempoh Oktober 2023 hingga Mac 2024, sebanyak 676 projek pelaburan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 26.1 bilion. Dari jumlah ini sebanyak 151 projek pelaburan dalam sektor pembuatan/perkilangan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 5.51 bilion dan kelulusan projek pelaburan dalam sektor perkhidmatan sebanyak 525 projek dengan nilai pelaburan berjumlah RM 20.59 bilion.
Maklumat kelulusan projek – projek pelaburan di Negeri Selangor bagi tempoh Oktober 2023 hingga Mac 2024 seperti berikut;
Sektor Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Pembuatan / Perkilangan 151 8,215 2,372,010,677 3,137,970,187 5,509,980,864 Perkhidmatan 525 9,959 18,353,663,111 2,231,431,024 20,585,094,135 Jumlah 676 18,174 20,725,673,788 5,369,401,211 26,095,074,998 Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
-
Senaraikan semua lawatan , delegasi dan perbelanjaan bagi lawatan Invest Selangor ke luar negara dari bulan Ogos 2023 hingga kini?
Bagi tempoh Ogos 2023 sehingga Jun 2024 sebanyak 10 lawatan ke luar negara telah dilaksanakan oleh Invest Selangor dengan perbelanjaan berjumlah RM 521,692.25
Jumlah perbelanjaan yang direkodkan ini adalah kos yang melibatkan kakitangan Invest Selangor sahaja. Manakala kos lawatan bagi ahli – ahli delegasi yang lain ditanggung menerusi peruntukan daripada agensi masing – masing yang terlibat.
Senarai lawatan dan ahli delegasi yang terlibat dalam lawatan ke luar negara yang melibatkan Invest Selangor bagi tempoh Ogos 2023 hingga Jun 2024 seperti berikut;-
BIl. Misi Lawatan Ahli Delegasi 1. MRO Asia Pacific, Singapura 2023 (26-27 September 2023)
I. En. Jamie Haniff Ramlee, Pengarah Kanan
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office (S-DAICO),
Invest Selangor Berhad
II. Cik Siti Miza Armani Rosli,
Eksekutif,
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office (S-DAICO),
Invest Selangor Berhad
III. Cik Nadhiratul Akmal Ab Razak,
Eksekutif,
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office (S-DAICO),
Invest Selangor Berhad
2. Misi Penggalakkan Pelaburan Negeri Selangor ke Taipei, Kaohsiung dan Shanghai (5 – 11/11/2023)
1. YB Tuan Ng Sze Han EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti
2. YBhg. Dato’ Hasan Azhari Idris
Ketua Pegawai Eksekutif,
Invest Selangor Berhad
3. Pn. Sim Siaw Cheng
Pengurus,
Divisyen Pembangunan Pelaburan,
Invest Selangor berhad
3. Penyertaan Program ‘SEMICON Korea’ dan Lawatan Kerja Teknikal di Seoul, Korea Selatan (29/1 – 3/2/2024)
1. YBhg. Dato’ Hasan Azhari Idris Ketua Pegawai Eksekutif,
Invest Selangor Berhad
2. En. Nik Izuddin Nik Mohd Yusof
Pengarah,
Divisyen Pembangunan Pelaburan
Invest Selangor berhad
3. Pn. Sharifah Norfazera Syeed Ahmad Nazar
Pengurus,
Divisyen Pembangunan Pelaburan
Invest Selangor Berhad
4. Lawatan Kerja Teknikal ke Ningbo, China (19 – 22/2/2024)
1. YB Tuan Ng Sze Han EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti
2. YBhg. Dato’ Hasan Azhari Idris
Ketua Pegawai Eksekutif,
Invest Selangor Berhad
3. En. Mohd Zharif bin Sulam
Pengurus,
Invest Selangor Berhad
4. En. Muhammad Iskandar Bin Zainal Abidin
Eksekutif,
Invest Selangor Berhad
5. Singapore Airshow, Singapura 2024 (20-25 Februari 2024)
I. En. Jamie Haniff Ramlee, Pengarah Kanan
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office
(S-DAICO),
Invest Selangor Berhad
II. YM Raja Sharmaine Izati binti Raja Saifulizan
Pengurus Kanan,
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office (S-DAICO),
Invest Selangor Berhad
III. En Nik Hazmi bin Nik Suhaimi,
Eksekutif
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office (S-DAICO),
Invest Selangor Berhad
IV. Encik Muhammad Afiq Bin Aziz
Pegawai Penasihat Dasar kepada
YB EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti
6. MRO Summit Guangzhou, China 2024 (20-21 Mac, 2024)
I. YM Raja Sharmaine Izati binti Raja Saifulizan Pengurus Kanan,
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office (S-DAICO),
Invest Selangor Berhad
II. En Nik Hazmi bin Nik Suhaimi,
Eksekutif,
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office (S-DAICO),
Invest Selangor Berhad
III. Cik Nadhiratul Akmal Ab Razak,
Eksekutif,
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office (S-DAICO),
Invest Selangor Berhad
7. Misi Promosi Selangor Aviation Show 2024 di Pameran Udara Aerofriedrichshafen, Jerman
(16-20 April, 2024)
I. En. Jamie Haniff Ramlee, Pengarah Kanan
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office (S-DAICO)
Invest Selangor Berhad
II. Cik Farah Amalina binti Azlan,
Penolong Pengurus,
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office (S-DAICO),
Invest Selangor Berhad
III. Pn Nurul Ain binti Jebat,
Eksekutif,
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office (S-DAICO),
Invest Selangor Berhad
8. Program Pemerkasaan Jaringan Kerjasama STDC Dengan Industri di Peringkat Antarabangsa Bagi Program Siemens Mendix dan Sistem KNX di Eropah di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Negeri Selangor (19 – 25/4/2024)
1. Y.A.B Dato’ Seri Amirudin bin Shari Dato’ Menteri Besar Selangor
2. YB Tuan Ir. Izham bin Hashim
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur, Pemodenan Pertanian & Perladangan, Keterjaminan Makanan & Industri Asas Tani
3. Encik Nik Izuddin bin Nik Mohd Yusof
Pengarah, Invest Selangor
4. Muhd Hafizuddin bin Sanat
Pengurus, Invest Selangor
9. Misi Promosi Selangor Aviation Show dan Lawatan Kerja ke Singapura
(25 April, 2024)
I. En. Jamie Haniff Ramlee, Pengarah Kanan
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office (S-DAICO),
Invest Selangor Berhad
II. Cik Farah Amalina binti Azlan,
Penolong Pengurus,
Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Coordination Office (S-DAICO),
Invest Selangor Berhad
10. Misi Untuk Mempromosikan Hab Semikonduktor Selangor Dan Selangor Smart City dan Digital Economy Convention 2024 Sempena Program London Tech Week 2024 dan Lawatan ke Paris (9 – 15/6/2024)
1. YB Tuan Ng Sze Han EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti
2. Encik Nik Izuddin bin Nik Mohd Yusof
Pengarah, Invest Selangor