Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

272) INVEST SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan syarikat-syarikat domestik dan syarikat asing yang melabur di Selangor untuk tahun 2023 serta nyatakan jumlah pelaburan mereka.

    Bagi tempoh Januari hingga September 2023, sebanyak 157 projek perkilangan telah diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 16.96 bilion. Daripada jumlah ini sebanyak RM 4.45 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 12.51 bilion daripada pelaburan asing. Senarai syarikat – syarikat yang telah mendapat kelulusan bagi projek pelaburan di Selangor bagi tempoh Januari hingga September 2023 seperti di Lampiran A.

  2. Apakah jenis dan lokasi pelaburan yang paling digemari oleh pelabur-pelabur domestik dan pelabur asing?

    Jenis – jenis pelaburan yang melibatkan pelabur – pelabur domestik adalah seperti di Lampiran B.