Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

34) INVENTORI SISTEM PERPARITAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan senarai inventori longkang dan parit di bawah seliaan JPS/JKR/MPK di DUN Sentosa.

    Pada dasarnya, inventori longkang dan parit di bawah seliaan Majlis Perbandaran Klang adalah di kawasan yang telah dibangunkan seperti di kawasan taman-taman perumahan, industri dan komersial.

    Senarai inventori longkang dan parit di bawah seliaan JPS/JKR/MPK di DUN Sentosa.

     

    1. Jabatan Pengairan dan Saliran
    BIL NAMA LOKASI MUKIM PANJANG

    (KM)

    LEBAR     (M)
    1. Parit Jalan Bukit Jati Jalan Bukit Jati ke Pintu Air Bukit Jati Klang 0.38 4.5
    2. Parit Jalan Raja Nong (Hilir) Kawasan Kampung Jawa Klang 0.30 6
    3. Sungai Teluk Menegun Dari Bulatan Simpang Lima hingga Kunci Air Teluk Menegun Klang 4.60 5
    4. Sungai Aur Dari Simpang Jalan Sg. Jati (Jalan Raja Nong) ke Pintu Air Pandamaran Klang 5.50 5
    5. Parit Jalan Seruling 59 Dari PMU TNB (Jalan Seruling 59) hingga ke Jambatan JKR Klang 1.00 3.6
    6. Parit Jalan Kebun Dari Lebuhraya ke Bulatan Simpang Lima Klang 2.30 3.6
    JUMLAH PANJANG 14.08  

     

    2.  Jabatan Kerja Raya

    BIL KATEGORI JALAN PANJANG LONGKANG

    (M)

    1. Jalan Protokol 4.37 km
    2. Jalan Utama 15.94 km
    3. Jalan Sekunder 51.64 km
      JUMLAH 71.95 km
  2. Apakah tindakan kerajaan Negeri terhadap longkang dan parit yang tidak bertuan di DUN Sentosa?

    JPS dan JKR telahpun mengambil tindakan mengemaskini inventori longkang dan telah mengemukakan senarai inventori terkini kepada pihak UPEN. Pihak UPEN sedang melengkapkan maklumat berhubung semua jajaran parit dan longkang di Negeri Selangor dan ia turut melibatkan parit/longkang yang tidak bertuan. Ia adalah bagi mengenalpasti agensi yang bertanggungjawab untuk menyelenggara longkang/parit berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.