Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

144) INTERNET BERKELAJUAN TINGGI OLEH SMARTSEL

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh SmartSel untuk membangunkan infrastruktur internet jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan Kampung Sungai Jarom, Jenjarom dan Banting, Kuala Langat sejak tahun 2018 sehingga sekarang?

    Pihak SMARTSEL dan pemberi perkhidmatan sedia ada (TM & Celcom) sentiasa berusaha memperluaskan liputan di kawasan luar bandar diseluruh Negeri

     

    Selangor, termasuklah kawasan Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Banting dan Kuala Langat, dengan mengagihkan Access Point (AP) ke tempat yang disasarkan di samping menaik taraf rangkaian teras dan kelajuan capaian di kawasan sasaran. Perbincangan dilakukan secara berterusan dan dijalankan bersama-sama pembekal perkhidmatan dalam mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu berkait dengan kualiti perkhidmatan dan kawasan liputan.

     

    SMARTSEL Sdn Bhd, iaitu anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) telah ditubuhkan pada bulan Mac tahun 2017 untuk membangunkan infrastruktur digital dan telekomunikasi dengan lebih seimbang dan merapatkan kesenjangan digital di antara penduduk di luar bandar dan bandar.

     

    SMARTSEL juga sedang berinteraksi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan polisi dan perancangan terperinci daripada pihak Kerajaan Pusat yang sedang menyiapkan “National Fiberisation and Connectivity Plan – NFCP” dalam masa terdekat. Ini akan membolehkan SMARTSEL membangunkan rangkaian gentian optik telekomunikasi dengan lebih tersusun dan sejajar dengan hala tuju Kerajaan Malaysia. Interaksi dengan SKMM in dilaksanakan agar Kerajaan Negeri Selangor juga boleh menggunakan dana “Universal Service Provision – USP” untuk pembangunan infrastruktur digital di kawasan luar bandar yang kekurangan capaian perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi.

     

     

    Di samping itu, SMARTSEL juga sedang berbincang dengan pengendali dan pembekal perkhidmatan swasta (service provider – SP) sedia ada untuk bekerjasama bagi menyediakan kemudahan jalur lebar di seluruh kawasan di negeri Selangor. Inisiatif ini selaras dengan misi kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar dengan harga yang berpatutan. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor sedang melaksanakan kajian bagi mengenal pasti penyelesaian untuk membina infrastruktur digital khususnya rangkaian data melalui projek “Selangor Wide Area Network – SWAN”. SWAN ini bertujuan untuk menyambungkan semua agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Daerah

     

    • Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan dengan rangkaian data dan Internet berkelajuan tinggi termasuk menggunakan teknologi gentian optik telekomunikasi, dan seterusnya melebarkan kemudahan projek dan jalur lebar. Buat masa ini, Projek SWAN masih di tahap kaji selidik.

Lampiran

Tiada Lampiran.