Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
211) INTEREST PINJAMAN HIJRAH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah faktor Kerajaan Negeri mengenakan sehingga 8% interest dan takaful RM6.00 setahun untuk setiap RM1,000.00 Pinjaman Hijrah?
Program Hijrah Selangor tidak mengenakan interest atau kadar faedah kepada peminjam sebaliknya hanya mengenakan caj khidmat kepada usahawan yang mendapat pinjaman dan khidmat nasihat daripada Hijrah Selangor. Pihak Pengurusan Hijrah Selangor telah menetapkan caj perkhidmatan sebanyak 8% kerana dana pinjaman yang diberikan oleh kerajaan negeri tidak akan digunakan untuk perbelajaan pengurusan. Sekiranya digunakan, ia akan menguncup (berkurangan) dari tahun ke tahun. Sebaliknya dana tersebut akan digunakan 100% untuk pinjaman kepada usahawan.
Faktor-faktor yang menyebabkan caj caj 8% dikutip adalah seperti berikut:
- Menampung kos pengurusan meliputi bayaran gaji dan elaun kakitangan seramai 233 untuk membuat kutipan dan pemantauan perniagaan, sewaan dan ubahsuai pejabat, peralatan pejabat, dan bil-bil utiliti.
- Pegawai Hijrah akan ke premis peminjam untuk membuat kutipan bayaran balik, peminjam tidak perlu datang bayar di pejabat.
- Kelulusan pinjaman akan diberikan sepenuhnya kepada peminjam tanpa membuat sebarang pemotongan. (contoh: lulus RM5,000.00, peminjam akan dapat penuh sebanyak RM5,000.00.)
- Latihan dan kursus-kursus keusahawanan serta anak-anak usahawan diberi secara percuma tanpa sebarang bayaran dikenakan.
- Dan lain-lain program yang dilaksanakan diberi secara percuma dengan bantuan Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan Dan Pembangunan Usahawan dan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi.
- Mulai tahun 2017, dana yang diterima daripada Kerajaan Negeri Selangor berbentuk pinjaman yang perlu dibyar semula oleh Hijrah Selangor dalam tempoh tertentu.
- Kebanyakan Pinjaman mikrokredit yang dikeluarkan oleh lain-lain agensi dan bank-bank komersial caj yang dikenakan melebihi 10% kecuali TEKUN yang mengenakan caj pengurusan sebanyak 4%. Walaubagaimanapun, pihak TEKUN telah membuat pemotongan berikut daripada jumlah pinjaman usahawan.
- Caj Proses Pinjaman
- Insuran
- Kursus Keusahawanan
- Bayaran Awal 2 Bulan
Takaful RM6.00 setahun untuk setiap RM1,000.00 pinjaman Hijrah dikenakan kepada peminjam Hijrah bagi tujuan berikut :
- Perlindungan Baki Hutang (Hutang dan tunggakan akan dibayar oleh syarikat insuran)
Manfaat ini disediakan apabila peserta yang menyertai tabung ini meninggal dunia disebabkan oleh kematian biasa, kemalangan, penyakit dan ianya berlaku di dalam tempoh penyertaan. Jumlah manfaat tabung ini adalah berdasarkan kepada jumlah baki pembiayaan semasa. Hutang dan tunggakan peserta ini akan dibayar oleh syarikat insuran.
- Manfaat Pengkebumian
Tabung ini juga menyediakan manfaat pengkebumian sebanyak RM1,500.00untuk setiap pencarum.
- Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh
Keilatan kekal menyeluruh bermakna keilatan yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit yang sama sekali menghalang peserta daripada melibatkan diri dalam mana mana bentuk pekerjaan sama ada makan gaji atau bekerja sendiri. Untuk menentukan sama ada keilatan kekal menyeluruh itu menjadi kekal, keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa gangguan selama enam (6) bulan dan ianya mula terjadi selepas permohonan pembiayaan dengan HIJRAH diluluskan.
-
Nyatakan secara terperinci pecahan perbelanjaan hasil dari interest yang diperolehi.
Pecahan perbelanjaan hasil dari caj pengurusan yang diperolehi adalah seperti berikut:
PERBELANJAAN PENTADBIRAN & AM
PERBELANJAAN SUMBER MANUSIA PERBELANJAAN KEWANGAN Alatulis & Aksesori Komputer Bonus Caj Bank Bahan Bacaan Elaun Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) Belanja Mesyuarat Elaun Perunding Cenderahati Elaun Petugas Denda / Kompaun Gaji Kakitangan Elaun Penceramah Caruman SOCSO Insuran Kenderaan Caruman EPF Insuran Sadiq (Etiqa) Perubatan Insuran Takaful – Hijrah Rawatan Pergigian Keraian Latihan Kakitangan Kertas Hotel / Penginapan Kos Stamp & Guaman Insurans Kerugian akibat kecuaian Makanan & Minuman Latihan Sadiq Gaji / Elaun Pengarah Minyak Pampasan Pembersihan Pakaian Korporat Pengangkutan Pakaian Petugas Pengiklanan Ex- Gratia Penyelenggaraan / Pembaikan Percetakan Perhubungan Perpindahan Kakitangan Promosi & Acara Sewa Mesin Fotostat Sewa Pejabat Sumbangan/Khairat Yuran Ikhtisas Yuran Audit Tuntutan Perjalanan & Penginapan Utiliti -
Bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menurunkan peratus interest bagi membantu mengurangkan beban peminjam?
Hijrah Selangor tidak menerima dana pengurusan daripada peruntukan Kerajaan Negeri. Dana yang diterima oleh Hijrah Selangor adalah dana untuk pengeluaran pinjaman mikrokredit kepada rakyat Negeri Selangor. Bagi melaksanakan program Hijrah, caj khidmat 8% telah dikenakan dengan tujuan menampung kos perbelanjaan pentadbiran dan am, kos perbelanjaan sumber manusia dan kos perbelanjaan kewangan. Sekiranya terdapat lebihan pendapatan pada masa akan datang, pengurangan caj boleh dilaksanakan.