Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

39) INTEGRITI PENGURUSAN MASJID

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan sumbangan Kerajaan Negeri kepada semua masjid di Selangor sejak tahun 2018?

    Jumlah peruntukkan sumbangan  kerajaan negeri kepada semua masjid sejak 2018 adalah berjumlah RM 48,956,930.00 Perincian sumbangan adalah seperti di Jadual 1

  2. Adakah kerajaan bercadang untuk memastikan semua masjid menjalankan kerjasama dengan pihak SPRM bagi menjamin ketelusan dan integriti pengurusan masjid?

    Masjid merupakan sebuah entiti di bawah kawal selia Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti diperuntukkan Bahagian V11 ( Masjid) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 (EPAIS 2003) Pentadbiran dan pengurusan masjid juga adalah tertakluk dengan Jabatan Agama secara spesifik dengan Peraturan-Peraturan Masjid Dan Surau (Negeri Selangor) Tahun 2017 yang dibuat dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdasarkan peruntukkan Seksyen 104 (1) EPAIS 2003 DAN Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid Dan Surau (Negeri Selangor) Tahun 2016.

    Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid Dan Surau (Negeri Selangor) Tahun 2016 ini telah dijadikan rujukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merangka Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid Surau Malaysia yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pihak SPRM telah berkolobrasi dengan pihak JAIS dengan kedua-dua pihak bersetuju memasukkan klausa khas peringatan integiriti dan mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan dana kutipan pembinaan masjid atau surau dalam surat kelulusan pembinaan kepada jawatankuasa pembinaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.