Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

247) INTEGRITI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selain daripada audit, SPRM dan SELCAT di Selangor, apakah bentuk pembangunan jati diri insan yang diterapkan sebagai pencegahan dari sudut dalaman

    a) Selain daripada Jabatan Audit Negara, Bahagian Audit Dalam, SPRM dan SELCAT, Kerajaan juga telah mewujudkan Unit Integriti di setiap jabatan dan agensi awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Salah satu fungsi teras Unit Integriti adalah berkaitan pengukuhan integriti iaitu bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi. Sehubungan itu, beberapa program kepada pelbagai golongan sasar seperti penjawat awam yang bermasalah, ketua-ketua jabatan, pasukan penguat kuasa, penjawat awam yang menjawat jawatan berisiko, pegawai integriti jabatan/agensi dan sebagainya telah diadakan sejak penubuhan Unit Integriti pada Julai 2014. Antara program yang telah diadakan termasuklah Seminar Integriti, Bengkel Pengurusan Kewangan Individu, Bengkel Pengurusan Tatatertib, Khutbah Jumaat Integriti, Kursus Pemantapan Individu dan Organisasi Berintegriti, Kursus Pemantapan Individu dan Organisasi Berintegriti (PIOB), Seminar Integriti Ramadhan dan Lawatan Kerja

Lampiran

Tiada Lampiran.