Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
218) INSURANS KHAS KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI DI PEJABAT DUN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bolehkah Kerajaan Negeri menyediakan insurans khas kepada pegawaipegawai di pejabat DUN?
Kerajaan Negeri melalui Kertas EXCO MTES 2/20/2013 yang dibentangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 21/2013 bertarikh 24 Julai 2013 dan disahkan pada MMKN Ke 22/2013 bertarikh 31 Julai 2013 telah bersetuju gaji Petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dinaikkan daripada RM1,164.00/ sebulan kepada RM 2,000.00/ sebulan termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Caruman ini sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti petugas PKM yang membantu menyelaraskan aktiviti
Y.B. Ahli Dewan Negeri (ADN) di peringkat akar umbi. Sehingga kini, tiada kemudahan perlindungan insurans kepada petugas PKM memandangkan ‘turnover rate’ yang tinggi dan menyukarkan petugas dilindungi insurans.