Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

28) INSTITUT WANITA BERDAYA (IWB)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pengurusan IWB terkini?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor sebagai badan pemikir atau think tank untuk merencana dasar dan inisiatif baru yang lebih progresif ke arah kemajuan dan pemberdayaan wanita serta memartabatkan wanita demi merealisasikan Selangor sebagai sebuah negeri yang inklusif, lestari dan adil.

    Pengujudan dan jalinan kerjasama IWB sebagai think tank melalui penggemblengan kepakaran, pengalaman dan pemikiran ini membantu dalam memperkukuhkan usaha Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga mencapai misi pemberdayaan wanita di Selangor.

    Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pengurusan IWB kini diterajui oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan beliau dibantu dan disokong oleh Pengarah Polisi dan Program, Ketua Pegawai Operasi dan Eksekutif Kanan Kewangan. Manakala fungsi di bawah kelolaan Ketua Pegawai Operasi adalah termasuk sumber manusia, pengurusan data, media dan komunikasi, serta urusan pentadbiran.

  2. Apakah aktiviti dan perancangan yang dilakukan sepanjang penubuhan IWB?

    Berikut adalah senarai aktiviti dan perancangan yang dilakukan disepanjang penubuhan IWB untuk manfaat wanita di Selangor:

  3. Apakah aktiviti dan perancangan yang dilakukan sepanjang penubuhan IWB?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, sepanjang penubuhan IWB iaitu mulai April 2017 sehingga 23 Ogos 2018, IWB telah membelanjakan sebanyak RM1,539,800.00 untuk pelaksanaan program dan RM450,000.00 bagi geran penyelidikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.