Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
69) INSTITUT WANITA BERDAYA
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan program dan inisiatif di bawah IWB dan perbelanjaan yang berkaitan.
Wanita Berdaya Selangor (WBS) telah ditubuhkan pada Januari 2021 dengan misi untuk menggungguli usaha pemberdayaan wanita dan masyarakat dalam sektor kepimpinan, pendidikan, ekonomi, kesihatan dan sosial. Institut Wanita Berdaya (IWB) merupakan salah satu daripada tiga (3) teras utama penubuhan WBS dengan berperanan sebagai “Badan Pemikir” bagi membantu melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dasar mengenai wanita di Selangor. Selain IWB, beberapa entiti lain turut digabungkan bagi merealisasikan misi WBS, iaitu Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan Akademi Kepimpinan Wanita (AKW).
Antara program dan inisiatif yang dijalankan oleh IWB Selangor di sepanjang tahun 2021 adalah seperti berikut:
Bil Program Perbelanjaan (RM) 1 Persidangan Wanita Selangor Hibrid 2021 di bawah Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) RM9,775.00 2 Siri Webinar CAKNA (Siri 1 : Perkongsian Tanggungjawab Keluarga : Ringankan Beban Mental) RM0.00 3 Perbincangan Meja Bulat : Kanak-Kanak dan Kemiskinan Pelbagai Dimensi RM1,600.00 4 Pengarusperdanaan Gender Negeri Selangor (Tahun Pertama 2020/2021) RM200,000.00 -
Apakah usaha IWB untuk memberdayakan wanita dalam pandemik COVID-19?
Antara usaha IWB dan kerjasama jabatan lain di bawah WBS untuk memberdayakan golongan wanita dalam mendepani pandemik COVID-19 adalah seperti berikut :
Jabatan WBS Keterangan Program Institut Wanita Berdaya (IWB) § Siri Webinar CAKNA Tahun 2021
Siri 1 : Perkongsian Tanggungjawab Keluarga : Ringankan Beban Mental§ Perbincangan Meja Bulat : Kanak-kanak dan Kemiskinan Pelbagai Dimensi Tahun 2021 yang melibatkan pemegang taruh dari pelbagai agensi yang membincangkan perihal kanak-kanak sewaktu pandemik COVID-19 serta cadangan penambahbaikan yang substantif untuk Negeri Selangor.
§ Penyelidikan Tahun 2021 :
- Kajian Keberkesanan Skim Mikro Kredit Terhadap Peniaga Wanita di Selangor Ketika Pandemik COVID-19 : Kajian Kes Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI)
- Revolusi 4.0 dalam Pandemik COVID-19 : Kajian literasi dan akses digital wanita di Selangor.
§ Kajian Tahun 2020 yang bertajuk “Impak Sosio-Ekonomi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Terhadap Kehidupan Wanita di Selangor”.
– Kajian ini merupakan kaji selidik atas talian yang melibatkan 442 orang wanita di Selangor.
Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) § Program Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Cohort 2 Tahun 2020/2021 bagi memberi ruang dan peluang kepada perwakilan dan kepimpinan wanita di Selangor bagi mempercepatkan pencapaian 30 peratus penyertaan perwakilan dan pembuatan keputusan dalam kalangan wanita. Pelaksanaan ini diperkukuhkan lagi melalui penawaran Biasiswa Wanita Berdaya Selangor di bawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk memberi peluang wanita yang berpotensi untuk menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. § Program Latihan Women2Win Cohort 2 yang memberikan latihan kepimpinan dengan mensasarkan pemimpin belia wanita di seluruh Asia Tenggara.
Pusat Wanita Berdaya (PWB) § Bantuan Susu, Lampin Pakai Buang dan Tuala Wanita di kesemua 56 DUN dengan peruntukan sebanyak RM3,500.00 bagi setiap DUN. § Pengedaran Beg CAKNA PWB yang mengandungi produk-produk keluaran PWB bagi petugas barisan hadapan di kawasan DUN masing-masing.
§ Usahasama dengan Khadijah Wakaf bagi penganjuran Majlis Ilmu Khadijah sebanyak tiga (3) siri yang memfokuskan pemberdayaan wanita merangkumi isu ekonomi dan kesihatan mental.
Semua jabatan di WBS Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSEL) 2021 yang dilaksanakan pada 24-28 April 2021 memperlihatkan keterlibatan semua jabatan di bawah naungan WBS. § Persidangan Wanita Selangor Hibrid 2021 membentangkan sebanyak 19 kertas kerja dari pelbagai pemegang taruh seperti ahli akademik pelbagai universiti, badan bukan kerajaan, badan pemikir, pemain industri serta individu yang memberi cadangan penambahbaikan yang substantif untuk wanita di Negeri Selangor.
§ Forum Wanita dan Kepimpinan Hybrid 2021 menghimpun panel yang berkelayakan dan membincangkan lima (5) tema iaitu kepimpinan, ekonomi, pendidikan, kesihatan mental dan gangguan seksual.
§ Pameran dan Jualan bagi hasil kraf wakil Pusat Wanita Berdaya (PWB) di Ekspo HaSSel bagi pemberdayaan wanita dari segi ekonomi, komuniti wanita yang mengambil bahagian dalam ekspo berpeluang menjana pendapatan dari platform atas talian dan memasarkan barangan jualan mereka kepada pembeli seiring norma baharu.