Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
99) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini IDE?
Institut Darul Ehsan (IDE) telah melantik Ahli Lembaga Pengarah berkuatkuasa 1hb April 2015.
-
Apakah objektif dan matlamat penubuhan IDE?
Penubuhan Institut Darul Ehsan (IDE) ini berfungsi sebagai wahana untuk merangka kebijakan-kebijakan serta menerapkan pemikiran progresif demi kecemerlangan Selangor melalui program penyelidikan, persidangan, seminar, bengkel-bengkel sumbang saran dan penerbitan laporan dan periodikal. Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Negeri Selangor 2015 telah memperuntukkan dana berjumlah RM2.0 juta bagi menjayakan penubuhan institut tersebut.
-
Nyatakan struktur, pengurusan kanan IDE?
Struktur, pengurusan Kanan IDE adalah seperti berikut :-
1. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor – Penaung / Penasihat 2. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil – Pengerusi 3. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman – Timbalan Pengerusi 4. Prof. Dr. Shahril Md. Zain – Lembaga Pengarah 5. YB. Nik Nazmi Bin Nik Ahmad – Lembaga Pengarah 6. Dr. Shaharuddin Badaruddin – Lembaga Pengarah 7. Datuk Kamaruddin Jaafar – Lembaga Pengarah 8. Tuan Hj. Mohd Yahya Mat Sahri – Setiausaha Syarikat