Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

102) INSTITUT DARUL EHSAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila butirkan senarai EXCO bertanggungjawab, pengarah, dan pegawai kanan IDEA

    Pengarah-pengarah Institut Darul Ehsan (“IDE”) adalah seperti berikut:

     

    • Bhg. Dato’ Dr Siddiq bin Fadhil
    • Bhg. Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan bin Othman
    • B. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
    • Bhg. Prof Emeritus Shaharir bin Mohamad Zain
    • Bhg. Prof Dr Shaharuddin bin Badaruddin
    • B. Dato’ Kamaruddin bin Jaffar

     

    Pengurusan IDE diketuai oleh Y.Bhg. Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan bin Othman.

  2. Apakah peruntukan kewangan yang diberi kepada IDE pada tahun 2015 dan 2016?

    Pada tahun 2015 IDE telah menerima peruntukan sebanyak RM2.0 juta. Peruntukan yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kepada IDE untuk 2016 ialah RM 5.0

  3. Apakah topik dan hasil kajian IDE setakat ini?

    IDE melaksanakan program dan aktivitinya meliputi 4 kluster utama iaitu Kluster Penyelidikan, Kluster Polisi dan Ketamadunan, Kluster Pendidikan Politik dan Demokrasi, Kluster Pendemokrasian dan Ekonomi, Kluster Pendidikan dan Budaya.

     

    Dalam tempoh singkat penubuhannya, hasil kajian dan penyelidikan utama IDE yang dijalankan pada 2015 adalah seperti berikut:

     

    1. Kajian Persepsi Rakyat Permatang Pauh berkaitan Pilihan Raya Kecil P044 kesannya terhadap Selangor pada April

     

    1. Kajian Persepsi Rakyat Selangor Siri 1, pada Julai

     

    1. Kajian Persepsi Rakyat Selangor Siri 2, pada November 2015. Keduanya melibatkan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri. Kajian ini mengukur landskap persepsi rakyat berkaitan dengan isu semasa, pihak berkuasa tempatan (PBT), polisi dan

     

    1. Kajian Iklim Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Impak Kaitannya Dengan Senario

     

    1. Projek Penyelidikan Maqasid Syariah dengan meliputi program kajian terjemahan, penyelidikan Bengkel Pakar Maqasid Syariah secara berkala dan Kuliah bersiri Maqasid Syariah. IDE sedang menggerakkan projek terjemahan berkaitan dengan Maqasid Syariah yang ditulis oleh Sheikh Ahmed al- Raissouni, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ramai

     

    1. Membantu Projek rintis pembangunan Generasi Muda melalui mewujudkan model awal pusat sehenti aktiviti generasi muda iaitu ADAB YOUTH GARAGE (AYG) bermula di AYG Bangi dan AYG Kota

     

    Selain melakukan projek penyelidikan, IDE juga mengadakan siri-siri pencerahan secara berkala bagi kepentingan rakyat Selangor yang meliputi seminar, latihan, wacana dan diskusi yang mencakupi isu-isu kenegaraan, demokrasi dan politik, sosio budaya, pendidikan, belia dan antarabangsa.

Lampiran

Tiada Lampiran.