Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
220) INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA(IPTS) DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan IPTS dan jumlah pelajarnya yang wujud di Selangor?
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang berada di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan jumlah bilangan pelajar adalah seperti berikut:
Bil. Nama Institusi Jumlah Pelajar 1. Universiti Selangor (UNISEL) 7826 2. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
5079 3. Kolej Antarabangsa INPENS 482 Bagi IPTS yang lain adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.
-
Nyatakan program-program kerjasama antara kerajaan negeri dan IPTS yang telah dilaksanakan dari tahun 2008 hingga kini?
- Program-program kerjasama antara Kerajaan Negeri dan IPTS yang telah dilaksanakan dari tahun 2008 hingga 2014 adalah seperti berikut:
- Universiti Selangor (UNISEL)
Tahun Program 2008 1. Jejak Ilmuwan Selangor 2009 1. Kajian Tentang Bioteknologi 2. Jejak Ilmuwan Selangor
3. International Conference Islamic World Academy of Science
2010 1. Simposium Antarabangsa IIALSB 2. Program Jejak Ilmuwan
3. Kajian Green Technology
2011 1. Pertandingan Blok Kreatif 2. Grand Prix 2011 UNISEL
3. Kajian Pra Sekolah Di Selangor
4. Jejak Ilmuwan Selangor UNISEL
2012 1. Jejak Ilmuwan Selangor 2. Program Silaturrahim dan Seminar Pemuda Remaja Masjid Malaysia – Indonesia
3. Program IAB Women In Science International Symposium on The Science of Health, Beauty and Aging
4. Kajian Awareness and Appreciation of The Sunna of Prophet Muhammad S.A.W Among Muslim Adolescents in Selangor
5. Program Bengkel Penulisan Kreatif dan Deskriptif
6. Kajian Terhadap Penggunaan Media Dikalangan Masyarakat Melayu Di Selangor
7. Program Cakna Minda Bersama Y.B. Dr. Hjh. Halimah Ali
8. Program Mahasiswa UNISEL Bersama Masyarakat
9. Monograph In Search of Knowledge
10. Program Sekolah Sahabat UNISEL
2013 1. Bengkel Tunas Ilmuan Selangor 2013 2. Pertandingan PES Dan PC Fair
3. Seminar Corporate Finance 2013
4. Program Siswa Sihat Bersama D.A.M UNISEL
5. Festival Konvokesyen Universiti Selangor 2013
6. Malam Ekspresiasi Siswa
7. Konvensyen Antarabangsa Pendidikan (KAP 2013).
8. Program Mini Quranic Botanical Garden
9. Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Diploma Sempena Istiadat Konvokesyen Kelapan UNISEL
10. Program Syarahan Perdana
2014 1. International Conference “Engaged Learning and ICT for Development in The University Curriculum” 2. Pementasan Teater Moden Universiti Selangor
3. Bengkel World Islamis Women University
(WIWU)
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tahun Program 2008 1. Kajian Keberkesanan Sistem Pendidkan 2. Persidangan Antarabangsa ( World Come) 2010 1. Persidangan Antarabangsa INCIED 2. Kursus Teambuilding Untuk Mahasiswa KUIS Bagi Program Fasilitator Aspiring Students Triumps (FAST) 2013 1. Sambutan Hari Mahasiswa 2013 2. Karnival Kesenian Islam (Kalam) 2014 1. Seminar Isu -Isu Pendidikan Peringkat Kebangsaan : Analisa Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2. Bengkel Penggubalan Modul Dan Silibus Sijil Tasawur Islam - Kolej Antarabangsa INPENS
Tahun Program 2008 Larian Kemerdekaan Selangor Bersama Pelajar INPENS dan Orang Awam 2009 1. Kerjasama dengan Institute of Motor Industry 2. Kerjasama dengan Rosmina Hair and Beauty Salon
2010 Program pelajar INPENS memeriahkan dan membaca ikrar di Stadium Negeri, Sambutan Ulangtahun Pemerintahan Selangor 2011 1. Sambutan Hari Wanita Desa Negeri Selangor, Beranang 2. Kerjasama dengan City and Guilds Approved Center
3. Operasi Khidmat Masyarakat
2012 Bakery Ria Academy 2013 1. Bengkel Gunting Rambut anjuran bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dan INPENS 2. Sambutan Kemerdekaan (Pelajar INPENS mengadakan persembahan koir dan ikrar, Dataran Shah Alam)
3. Latihan intensif rekaan rambut untuk Pertandingan Kemahiran Malaysia kali ke-22
4. Kerjasama akademik Bupati Kabupaten Belitung Indonesia (hubungan dua hala)
2014 Operasi Khidmat Masyarakat