Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

10) INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan institusi pengajian tinggi yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut peratusan milikan.

    Institusi pengajian Tinggi yang dimiliki Kerajaan Negeri Selangor mengikut peratusan milikan adalah :

    UNISEL          –           100%

    KUIS               –           100%

  2. Senaraikan aset-aset yang dimiliki oleh institusi-institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri Selangor

    UNISEL

    1. Kampus Bestari Jaya – 1,002 ekar tanah
      Telah dibangunkan 572 ekar mengandungi 10 buah bangunan utama dan 44 buah bangunan asrama dan fasiliti yang lain. Sebanyak 430 ekar belum dibangunkan.
    2. 50 ekar tanah di Sepang
    3. Rumah di Taman Ilmu, Bestari Jaya sebanyak 17 unit rumah 2 tingkat
    4. Rumah dua tingkat di kota Puteri, Ijok sebanyak 100 unit dan rumah kedai sebanyak 4 unit.
  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan teruskan dasar untuk jualkan tanah UNISEL bagi membiayai pinjaman PTPTN untuk mahasiswa-mahasiswa UNISEL?

    Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menjual tanah UNISEL, oleh kerana PTPTN telah diteruskan pembayaran kepada pelajar UNISEL.

Lampiran

Tiada Lampiran.