Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

260) INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM DUN TERATAI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan Institusi pengajian tinggi yang berada dalam Dun Teratai

    Pentadbiran ini tiada maklumat terperinci berkenaan Institut Pengajian Tinggi di DUN Teratai. Walau bagaimana pun terdapat 5 institusi pengajian tinggi (IPT) utama yang berada di daerah Hulu Langat seperti berikut :

  2. Jika tiada, adakah Kerajaan Negeri merancang mengwujudkan Institusi Pengajian tinggi memandangkan terdapat banyak sekolah menengah dalam dun Teratai?

    Pada masa ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk mewujudkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tersebut, walau bagaimana pun, dicadangkan lepasan sekolah boleh memohon untuk menyambung pengajian di IPT yang berhampiran dengan DUN Teratai atau di dalam Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.