Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

288) INSTITUSI MASJID & SURAU

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan untuk memperkasa pentadbiran serta urus tadbir Masjid dan Surau yang baik?

    1. Bagi memperkasa pentadbiran serta urustadbir masjid dan surau yang baik, Kerajaan :

     

    1. Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid Surau Negeri Selangor (JATUMS) adalah jawatankuasa tertinggi dalam mengawal pentadbiran dan urus tadbir masjid dan surau Negeri Selangor.
    2. Jawatankuasa Khas Nazir-nazir Masjid Kariah yang dipengerusikan oleh pegawai tadbir agama daerah masing untuk menyelaras semua isu berkaitan pentadbiran dan urus tadbir masjid dan surau peringkat daerah.
    3. Mewujudkan Sistem Smart Masjid bagi melancarkan urusan kewangan, akaun dan aduan.
    4. Mewujudkan dan menguatkuasakan peraturan serta garis panduan pentadbiran masjid serta surau Negeri Selangor.
    5. Membentuk lingkungan tadbir urus yang kondusif kepada keperluan setempat melalui fungsi ibadat, fungsi ilmu Islam, fungsi dakwah dan fungsi keprihatinan setempat (CSR).
    6. Pegawai-pegawai masjid dan surau turut diberi latihan, pendidikan, ilmu pengetahuan yang meliputi soal-soal peningkatan profesionalisme pengurusan dan tadbir urus, penyampaian khutbah yang berkesan, konsep dakwah lingkungan, program-program melibatkan muda-mudi dan program-program kerjasama melibatkan masyarakat setempat.
  2. Apakah bantuan-bantuan yang disalurkan kepada Masjid dan Surau?

    Antara sumbangan yang disalurkan kepada masjid dan surau seperti berikut:

     

    1. Bantuan sumbangan moreh bulan Ramadhan:

     

    1. Masjid : RM 1,200.00
    2. Surau : RM 1,000.00

     

     

    1. Elaun Imam 1 dan 2 Masjid Kariah:

     

    1. JAKIM : RM 850.00
    2. NEGERI : RM 450.00

     

    • Elaun Bulanan Kepada:

     

    1. Nazir : RM 250.00
    2. Nazir : RM 100.00
    3. Bilal 1 : RM 290.00
    4. Bilal 2 : RM 200.00
    5. Siak 1 : RM 240.00
    6. Siak 2 : RM 150.00
    7. Setiausaha : RM 100.00
    8. Bendahari : RM 100.00

     

    1. Elaun Tahunan sebanyak RM 200.00 kepada Pen. Setiausaha, Pen. Bendahari, 9 orang AJK dan 2 orang Pemeriksa Kira- Kira.

     

    1. Peruntukan baik pulih dan penyelenggaraan masjid surau RM 2.5 juta.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.