Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
99) INSTITUSI MASJID
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah elaun bulan pegawai-pegawai masjid di Selangor?
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1,680.00 yang dibayar setiap bulan kepada pegawai-pegawai masjid di Selangor dengan perincian seperti berikut:
BIL. JAWATAN ELAUN (RM) SUMBER KEWANGAN 1 Nazir 300.00 Kerajaan Negeri 2 Timbalan Nazir 100.00 3 Imam 1 dan 2 650.00 Kerajaan Negeri 850.00 JAKIM 4 Setiausaha 100.00 Kerajaan Negeri 5 Bendahari 100.00 6 Bilal 1 340.00 7 Bilal 2 250.00 8 Siak 1 290.00 9 Siak 2 200.00 -
Berapakah jumlah perlindungan insurans/ takaful tahunan yang melindungi pegawai-pegawai masjid?
Tiada perlindungan insurans/ takaful tahunan secara khusus diberikan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pihak masjid yang mengambil inisiatif memberi perlindungan takaful kepada Pegawai dan Jawatankuasa serta Pembantu Pegawai Masjid yang dilantik.
-
Apakah imbuhan lain yang diterima oleh pegawai-pegawai masjid bagi tahun 2023 dan 2024?
JAKIM telah memperuntukan sebanyak RM3,600.00 pada tahun 2023 dan 2024 bayaran secara one off kepada pegawai-pegawai masjid mengikut pecahan berikut :
BIL. JAWATAN ELAUN (RM) SUMBER KEWANGAN 1 Imam 1 600.00 JAKIM 2 Imam 2 600.00 3 Bilal 1 600.00 4 Bilal 2 600.00 5 Siak 1 600.00 6 Siak 2 600.00 Kerajaan Negeri juga telah memberikan bayaran Insentif Bantuan Hari Raya sebanyak RM3,500.00 bagi setiap masjid pada tahun 2023 dan 2024 sebagaimana perincian berikut :
BIL. JAWATAN ELAUN (RM) SUMBER KEWANGAN 1 Nazir 500.00 MBI 2 Imam Rawatib 1 500.00 3 Imam Rawatib 2 500.00 4 Bilal 1 500.00 5 Bilal 2 500.00 6 Siak 1 500.00 7 Siak 2 500.00