Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
349) INSTITUSI MASJID
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar dan strategi kerajaan untuk memperkasa institusi masjid ?
Langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasa institusi masjid ialah:
- Menetapkan rancangan pembangunan masjid baru secara konsisten setiap tahun melalui RMK ke 11,
- Memperuntukkan kewangan tahunan dari sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk membaik pulih dan menyelengara kerosakan masjid,
- Melantik kontraktor-kontraktor penyelenggaraan pembersihan dan kawasan di 36 buah masjid terpilih berdasarkan kemampuan kewangan jabatan,
- memperkasa jawatankuasa dan pegawai masjid dengan kursus-kursus dan latihan yang sesuai dengan jawatan dan pegawai masjid,
- meneruskan pelaksanaan KPI pengurusan masjid,
- meneruskan pemantauan tandas bersih masjid,
- mengadakan pertandingan pengurusan masjid terbaik di peringkat daerah dan negeri Selangor, dan;
- mempelbagaikan program masjid agar lebih bersifat interaktif untuk menarik lebih ramai
-
Bagaimanakah boleh direalisasikan hasrat masjid sebagai zon yang aman dari elemen politik kepartian ?
Langkah-langkah direalisasikan hasrat masjid sebagai zon yang aman dari elemen politik kepartian;
- Memastikan penceramah dan khatib yang dijemput oleh pihak masjid mesti memiliki tauliah mengajar dari pihak JAIS,
- Membuat pemantauan ceramah dan khutbah pada hari Jumaat setiap minggu 4 buah masjid setiap daerah,
- Memanggil nazir atau setiausaha yang didapati tidak mematuhi arahan JAIS dan pegawai masjid,
- Mengeluarkan pekeliling penceramah yang didapati membawa fahaman yang boleh memecahbelahkan perpaduan supaya tidak diberi ruang dan dijemput oleh pihak masjid, dan;
- Menyalurkan maklumat penceramah-penceramaah yang tidak bertauliah sekiranya berceramah di masjid kepada penguatkuasa untuk tindakan penguatkuasaan.