Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
13) INSTITUSI MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan, tanggungjawab serta tugas khusus MPKK ?
Sedikit latar belakang penggunaan nama baharu MPKK ini untuk makluman semua. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2018 telah bersetuju bahawa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan dijenamakan semula dengan nama baharu iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
Selaras dengan keputusan tersebut, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 19 September 2018 telah bersetuju untuk menggunapakai nama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta – merta.
Yang Berhormat sekalian,
Peranan, tanggungjawab dan serta tugas khusus MPKK adalah mereka ini merupakan individu yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi suatu tempoh yang telah ditetapkan sebagai pemudahcara dan penghubung antara kerajaan dengan masyarakat setempat dan menjadi perantara di peringkat akar umbi yang akan menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan kepada pihak yang berkaitan. Jumlah keanggotaan MPKK adalah seramai 13 orang yang terdiri daripada seorang (1) Pengerusi, seorang (1) Setiausaha dan 11 Ahli Jawatankuasa (AJK) yang akan menjadi Pengerusi bagi setiap biro yang telah ditetapkan seperti berikut:-
1.
Biro Pembangunan Prasarana
2.
Biro Keselamatan dan Kesihatan
3.
Biro Pegurusan Kewangan
4.
Biro Kesejahteraan dan Keceriaan
5.
Biro Pendidikan dan Inovasi
6.
Biro Pemantapan Spritual
7.
Biro Kebajikan dan Kesukarelawan
8.
Biro Infostruktur dan Komunikasi
9.
Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga
MPKK juga berfungsi untuk merancang dan melaksanakan pelan pembangunan kampung dengan penglibatan komuniti setempat menggunakan pendekatan bottom-up approach ke arah mewujudkan kampung yang maju dan sejahtera. Kesepakatan penduduk merupakan keperluan asas pembangunan negara dan perlu digembleng melalui kepimpinan yang dinamik dan pentadbiran yang teratur. MPKK ini juga adalah salah satu usaha kerajaan bagi memastikan matlamat pembangunan desa seperti pembasmian kemiskinan, pemodenan desa dan kemajuan dalam pembangunan dapat dicapai.
Peranan MPKK pula boleh dipecahkan kepada dua aspek utama iaitu aspek pengurusan dan kemajuan dan aspek yang kedua ialah aspek keselamatan. Bagi aspek pertama berfokuskan untuk meningkatkan lagi kualiti pengurusan kampung melalui penerapan nilai-nilai dasar semasa kerajaan dalam menguruskan kampung bagi urusan pentadbiran dan operasi melalui perancangan, pelaksanaan dan pemantauan yang baik dan tersusun. Aspek kedua iaitu keselamatan pula adalah dengan membantu dan memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan, jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk memelihara ketenteraman di kampung dan mestilah sentiasa mengambil berat terhadap soal keselamatan dari segi ancaman subversif, puak pelampau, dadah, salah guna dana dan lain-lain perkara yang dirasakan relevan dan tidak sihat dan ancaman keselamatan seperti bencana alam, banjir, kebakaran dan lain-lain. -
Nyatakan jumlah Pengerusi MPKK yang telak dilantik dan yang masih belum dilantik mengikut daerah?
Jumlah Pengerusi MPKK yang telah dilantik dan yang masih belum dilantik bagi Kampung-kampung Tradisi di Negeri Selangor berdasarkan keputusan MMKN ke 30/2018 dan MMKN ke 1/2019 adalah seperti berikut:
DAERAH DILANTIK BELUM DILANTIK
Petaling
19
0
Klang
33
1
Gombak
33
3
Hulu Langat
61
1
Sepang
18
1
Kuala Langat
32
2
Kuala Selangor
53
2
Hulu Selangor
33
0
Sabak Bernam
72
7
Jumlah
354
17