Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

166) INSTITUSI MAHKAMAH SYARIAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua penambahbaikan dalam institusi mahkamah syariah dari 2008 sehingga kini.

    Antara penambahbaikan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dalam menambahbaik mutu penyampaian perkhidmatan kepada orang awam sejak tahun 2008 antaranya adalah Khidmat rundingcara oleh pegawai mahkamah. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma bagi membantu pihak yang akan membuat sebaran tuntutan atau permohonan. Pihak-pihak dibantu untuk mengisi borang serta maklumat-maklumat yang sepatutnya dimasukkan dalam membuat sesuatu tuntutan. Dengan adanya perkhidmatan ini, pihak-pihak tidak lagi tersalah dalam membuat tuntutan serta mengisi borang tuntutan.

    Selain itu, pengurusan kes oleh pendaftar juga antara penambahbaikan yang dibuat oleh Jabatan ini. Pengurusan kes ini banyak membantu mahkamah dalam mempercepatkan penyelesaian kes kerana hakim bicara hanya tertumpu kepada perbicaraan sahaja, sedangkan proses melengkapkan pliding bagi sesuatu perbicaraan diselesaikan terlebih dahulu semasa peringkat pengurusan kes.

             Fast track juga merupakan antara salah satu perkhidmatan dalam mempercepatkan urusan perceraian. Fast track dapat menjimatkan masa pihak-pihak kerana proses perceraian yang melibatkan persetujuan bersama boleh diselesaikan dalam masa satu hari.

             Mobile Court Kit (MCK) merupakan salah satu inovasi yang diperkenalkan oleh JAKESS dalam membantu pihak-pihak yang menghadapi kesukaran untuk hadir sesi perbicaraan di mahkamah disebabkan masalah kesihatan seperti lumpuh dan sebagainya. Hakim bicara akan turun ke lokasi dengan membawa MCK yang dilengkapi dengan segala peralatan yang diperlukan dalam menjalankan sesuatu perbicaraan. MCK ini memudahkan urusan hakim bicara dan seterusnya membantu pihak-pihak memberi keterangan di luar mahkamah.

    Selain itu, perbicaraan malam juga merupakan antara inisiatif penambahbaikan yang dilakukan oleh jabatan ini. Perbicaraan malam memberi peluang kepada pihak-pihak yang tiada masa untuk hadir perbicaraan sebelah siang ekoran sibuk dengan urusan kerja untuk hadir perbicaraan di sebelah malam bagi memastikan kes dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

  2. Nyatakan jumlah kakitangan di mahkamah syariah negeri dan daerah.

    berdasarkan waran perjawatan adalah seramai 298. Daripada jumlah tersebut sebanyak 204 adalah jawatan tetap, manakala yang selebihnya iaitu 94 adalah jawatan kontrak. Jumlah perjawatan tersebut merangkumi perjawatan di Ibu Pejabat dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah. Setakat ini, sebanyak 196 perjawatan tetap telah diisi, manakala baki 6 perjawatan lagi masih dalam proses pengisian dan 2 perjawatan iaitu jawatan penghantar Notis dan Pemandu dicadang untuk dimansuhkan. Manakala bagi jawatan kontrak pula, kesemua 94 perjawatan tersebut telah diisi sepenuhnya.

  3. Nyatakan jumlah perbicaraan dan kes yang difailkan dari 2014-2017 di Selangor.

    Jumlah kes yang didaftarkan sepanjang tahun 2014 sehingga September 2017 adalah sebanyak 95,087 kes. Sebanyak 73,669 daripada jumlah tersebut merupakan kes mal, manakala 13,795 kes jenayah dan yang selebihnya iaitu 7,623 adalah kes faraid. Statistik pendaftaran kes adalah sebagaimana jadual di bawah

     

    Tahun/Kategori 2014 2015 2016 2017 Jumlah
    Faraid 1,949 2,140 2,173 1,361 7,623
    Jenayah 3,249 3,876 3,505 3,165 13,795
    Mal 17,052 18,861 20,565 17,191 73,669
    Jumlah 22,250 24,877 26,243 21,717 95,087

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.