Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

246) INSIDEN BERDARAH DI KG. MEDAN, PETALING JAYA PADA 8HB MAC, 2001

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pernahkah Kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional memberi apa-apa pampasan kepada mangsa-mangsa kaum India yang telah meninggal dunia dan mengalami kecederaan akibat peristiwa berdarah di Kg. Medan, Petaling Jaya pada 8hb Mac, 2001?

    Kerajaan Negeri Selangor tidak ada memberikan sebarang pampasan kepada mangsamangsa kaum India yang telah meninggal dunia dan mengalami kecederaan akibat peristiwa berdarah di Kg. Medan, Petaling Jaya pada 8hb Mac, 2001 yang lalu.

  2. Jika ada, berapakah jumlah dan apakah bentuk pampasan lain yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional pada ketika itu?

    Tidak berkaitan.

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berhasrat untuk memberikan apa-apa bentuk pampasan bagi meringankan bebanan kaum keluarga mangsa-mangsa peristiwa berdarah tersebut?

    Kerajaan Negeri akan mengkaji perkara tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.