Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
31) INSENTIF SUKAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah insentif yang diterima oleh para atlet yang berjaya mendapat tempat di SUKMA?
Kerajaan Negeri Selangor sangat mengambil berat kepada atlet negeri Selangor yang telah memenangi pingat di Temasya SUKMA pada setiap kali edisi berlangsung. Pemberian insentif adalah sebagai menyatakan tanda sokongan dan penghargaan Kerajaan Negeri di atas usaha dan pengorbanan mereka dalam berjuang dan menghadapi cabaran di arena sukan yang berprestij terutama temasya sukan utama di peringkat negara itu. Jumlah insentif yang telah diberikan pada Temasya SUKMA 2024 yang lalu adalah seperti berikut:-
Manakala tambahan kepada atlet yang telah berjaya memecahkan Rekod pada Temasya SUKMA
-
Apakah jumlah tersebut memadai bagi setiap atlet?
Buat masa ini jumlah insentif yang diberikan kepada atlet dilihat masih rasional berdasarkan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri. Jumlah insentif ini masih lagi antara yang tertinggi dikalangan negeri-negeri lain.