Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
178) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA (IPR 11)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Insentif Perkahwinan Belia (IPR 11). Nyatakan jumlah penerima dan perbelanjaan IPR 11 dari 2014-2016 mengikut bangsa
Insentif Perkahwinan Belia sebelum ini diselia dan diurus oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor. YAWAS kemudiannya diarahkan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 37/2016 untuk menguruskan program ini bermula Januari 2017. Berikut adalah jumlah penerima dan perbelanjaan Insentif Perkahwinan Belia dari tahun 2014-2016 mengikut agama:
PERKARA TAHUN
LULUS JUMLAH PENERIMA JUMLAH KOS (RM) ISLAM BUKAN ISLAM 2014 4,010 2,441 6,451 3,225,500.00 2015 4,862 2,693 7,555 3,777,500.00 2016 8,081 4,544 16,625 8,312,500.00 JUMLAH KESELURUHAN 30,631 15,315,500.00 *Sistem hanya boleh mengeluarkan laporan mengikut agama
-
Nyatakan jumlah permohonan yang ditolak dari 2014-2016 serta sebabnya
Berikut adalah jumlah permohonan yang ditolak dari tahun 2014-2016:
TAHUN JUMLAH 2014 1,347 2015 742 2016 665 Di antara sebab-sebab penolakan adalah seperti di bawah:
- Pemohon TIDAK lahir di Negeri Selangor ATAU Taraf Bermastautin di Negeri Selangor TIDAK melebihi dari 10 tahun.
- Tiada Pengesahan Taraf Mastautin dari ADUN / Penghulu / JKKK/ Pengerusi Taman.
- Tiada Sijil Nikah / Sijil Pendaftaran Perkahwinan / Salinan Kad Pengenalan.
- Tiada Sijil berhenti sekolah rendah dan menengah.
- Tiada Salinan Buku Tabung Haji / Penyata terkini Akaun Tabung Haji.
- Umur pemohon melebihi 35 tahun semasa tarikh pendaftaran pernikahan.
- Permohonan melebihi 3 bulan dari tarikh nikah ATAU tarikh daftar kahwin.
- Dokumen sokongan lewat diterima dan dihantar melebihi 3 bulan dari tarikh nikah atau tarikh pendaftaran perkahwinan.