Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

86) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima Insentif Perkahwinan Belia pada tahun 2014?

    Pada tahun 2014, Program Insentif Perkahwinan Belia diteruskan dengan persetujuan daripada Kerajaan Negeri untuk menaikkan kadar insentif daripada RM200.00 seorang kepada RM500.00 seorang sebagaimana kelulusan Mesyuarat MMKN ke 1/2014 yang telah diadakan pada 8 Januari 2014. Sehubungan dengan itu pada tahun 2014, jumlah permohonan yang telah diterima adalah sebanyak 153 permohonan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 100 pemohonan yang telah diluluskan dengan menggunakan peruntukkan sebanyak RM50,000.00.

  2. Bagaimanakah proses kelulusan dan pembayaran dibuat?

    Proses kelulusan dilaksanakan dengan pemilihan dilakukan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ini bermakna hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sahaja yang layak dipertimbangkan untuk kelulusan. Seterusnya bagi permohonan yang telah berjaya, pembayaran akan dibuat melalui dua cara iaitu bagi menerima yang beragama Islam, insentif akan disalurkan melalui Tabung Haji manakala bagi penerima yang bukan beragama Islam, Insentif akan disalurkan melalui Sijil Simpanan Premium (BSN).

  3. Berapa lamakah tempoh masa proses kelulusan sesuatu permohonan?

    Tempoh masa kelulusan sesuatu permohonan adalah di antara tempoh tiga hingga enam bulan disebabkan permohonan-permohonan ini perlu ditapis melalui Jawatankuasa bagi menentukan samada permohonan tersebut layak untuk dipertimbangkan ataupun tidak berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Seterusnya, jumlah permohonan yang telah berjaya perlu dihantar kepada Geran Selangorku bagi tahun 2013 untuk mendapatkan peruntukan dan seterusnya kepada Tabung Haji dan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk tujuan penyaluran insentif tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.