Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

16) INSENTIF PENJAGAAN ANAK-ANAK FRONTLINERS COVID-19 (IPAF)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan yang berjaya dan tidak berjaya mengikut daerah?

    Jawapan a) dan b) bersekali

    Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah permohonan yang berjaya dan tidak berjaya menerima Insentif Penjagaan Anak-anak Frontliners (IPAF) mengikut daerah adalah seperti berikut :-

    Sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan Program IPAF ini, pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah merekodkan sejumlah 1,419 permohonan telah diterima. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 137 permohonan telah lulus dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM69,900.00 manakala selebihnya sebanyak 1,282 permohonan yang dikemukakan tidak berjaya.

    Dalam kaitan diatas, didapati jumlah permohonan yang tidak berjaya agak tinggi berbanding dengan jumlah permohonan yang berjaya. Ini adalah disebabkan beberapa faktor seperti berikut :-

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan bantuan Insentif Penjagaan Anak-anak Frontliners Covid-19 fasa kedua yang bermula pada 14 Oktober 2020 yang lalu dengan menyediakan insentif taska sementara sebagai khidmat sokongan penjagaan kanak-kanak kepada pegawai dan anggota kesihatan serta lain-lain petugas barisan hadapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Sehingga kini, sebanyak tujuh (7) buah taska sementara sedang beroperasi di beberapa lokasi jabatan/ agensi yang terlibat bagi tujuan untuk menyantuni dan membantu mengurangkan beban para frontliners dalam urusan penjagaan anak-anak yang ditinggalkan bagi menggalas tanggungjawab terhadap negeri dan negara seperti berikut:-

    1. Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang;
    2. Hospital Shah Alam;
    3. Jabatan Kesihatan Negeri Selangor;
    4. Persatuan Taska Negeri Selangor;
    5. Hospital Banting;
    6. Hospital Kajang; dan
    7. Hospital Selayang.

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan?

    Jawapan a) dan b) bersekali

Lampiran

Tiada Lampiran.