Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

197) INSENTIF PENIAGA KECIL LUAR BANDAR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah bantuan yang disalurkan kepada para peniaga kecil yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan akibat covid-19?

    Jawapan bagi Sub Soalan A, B dan C:

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah meluluskan dua (2) jenis bantuan bagi membantu para penjaja/ peniaga kecil yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan akibat COVID-19 iaitu:

    1. Pertama, pemberian insentif khas one-off sebanyak RM500 kepada penjaja/ peniaga kecil berlesen; dan
    2. Kedua, pengecualian sewa kepada penyewa premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi bulan April dan Mei 2020.

     

    Permohonan insentif khas one-off sebanyak RM500 kepada penjaja/ peniaga kecil berlesen telah dibuka bermula 8 April 2020 sehingga 7 Jun 2020 melalui sistem online di laman web www.selangorprihatin.com. Jumlah keseluruhan penerima yang diluluskan bantuan RM500 adalah sebanyak 22,884 orang bersamaan RM11.442 juta peruntukan yang disalurkan. Memandangkan data adalah melalui kawasan PBT dan bukan DUN, berikut adalah pecahan bilangan penerima mengikut kawasan PBT Negeri Selangor.

    PBT Penerima (RM)
    MB Shah Alam 3034 1,517,000.00
    MB Petaling jaya 2913 1,456,500.00
    MP Subang Jaya 2370 1,185,000.00
    MP Klang 1961 980,500.00
    MP Ampang Jaya 2863 1,431,500.00
    MP Selayang 2544 1,272,000.00
    MP Kajang 1987 993,500.00
    MP Sepang 1021 510,500.00
    MP Kuala Langat 1147 573,500.00
    MD Hulu Selangor 918 459,000.00
    MD Kuala Selangor 951 475,500.00
    MD Sabak Bernam 1175 587,500.00
    Jumlah 22,884 RM11,442,000.00

    Bagi pengecualian sewa kepada penyewa premis milik PBT bagi bulan April dan Mei 2020, sebanyak 12,516 peniaga yang layak menerima insentif ini. Jumlah keseluruhan yang perlu ditanggung oleh PBT adalah sebanyak RM5 juta bersamaan RM2.78 juta sebulan. Memandangkan data ini juga adalah melalui kawasan PBT dan bukan DUN, berikut adalah pecahan bilangan peniaga mengikut kawasan PBT Negeri Selangor:

    PBT Premis Milik PBT Yang Disewa
    Peniaga April (RM) Mei (RM)
    MB Shah Alam 1,183 248,305.00           248,305.00
    MB Petaling Jaya 2,875 305,724.00           305,724.00
    MP Subang Jaya 947 123,982.00           701,445.00
    MP Klang 1,524 701,445.00           357,859.00
    MP Ampang Jaya 1,524 357,859.00           123,982.00
    MP Selayang 270 42,740.00           176,730.00
    MP Kajang 623 176,730.00           470,165.00
    MP Sepang 1,723 470,165.00             42,740.00
    MP Kuala Langat 423 71,020.00             71,020.00
    MD Hulu Selangor 404 70,320.00             70,320.00
    MD Kuala Selangor 608 133,885.00           133,885.00
    MD Sabak Bernam 412 82,416.00             82,416.00
    JUMLAH 12,516 RM2,784,591.00 RM2,784,591.00
  2. Nyatakan jenis bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri?

    Jawapan seperti pada Sub Soalan A

  3. Nyatakan jumlah penerima bantuan tersebut mengikut pecahan DUN di Selangor?

    Jawapan seperti pada Sub Soalan A

Lampiran

Tiada Lampiran.