Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

191) INSENTIF KHAS PENJAWAT AWAM YANG TERLIBAT DI DALAM MISI MENYELAMAT MANGSA BENCANA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan elaun/ insentif khas kepada penjawat awam yang terlibat dalam misi menyelamat mangsa bencana?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memberikan elaun kritikal/insentif khas kepada para penguatkuasa Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa dan Tempatan (PBT), serta Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) yang terlibat dalam operasi pengurusan bencana serta tugasan-tugasan lain yang berisiko tinggi berjumlah RM300.00 sebulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.