Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

29) INSENTIF KEPADA GOLONGAN M40

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif-insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada golongan M40 di Negeri Selangor?

    Jawapan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat Kota Anggerik, keperihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat Negeri Selangor terserlah sejak sekian lama melalui kewujudan program dan inisiatif yang turut memberi fokus untuk meningkatkan taraf pendapatan dan kehidupan mereka. Sejak dari tahun 2008, program kesejahteraan sosial sentiasa menjadi tonggak penting di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor untuk manfaat seluruh lapisan masyarakat di negeri ini tanpa mengira kaum dan agama. Bermula dengan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) pada tahun 2008, kemudian disusuli dengan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) pada tahun 2017. Pada tahun 2022, program-program perlindungan sosial ini

    bukan sahaja akan dikekalkan tetapi telah ditambah baik dan dijajarkan mengikut peredaran dan situasi semasa untuk pemberdayaan rakyat melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP). Iltizam Selangor Penyayang merupakan program-program yang dibentuk untuk memberdayakan rakyat di samping mengupaya dan meningkatkan social safety net. Penerima manfaat bagi program dan insentif di bawah ISP merentasi pelbagai golongan masyarakat termasuklah golongan M40.

    Di bawah Iltizam Selangor Penyayang, telah disenaraikan 15 program dan insentif yang dapat dinikmati oleh golongan M40 seperti di Lampiran, berserta bilangan penerima pada tahun ini, sehingga Jun 2022, dengan jumlah penerima seramai 107,367 rakyat Selangor. Di antara program dan insentif ISP yang berkenaan ialah Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) dengan bilangan penerima seramai 100 orang pada tahun ini dan Skim Mikro Kredit HIJRAH Selangor seramai 600 orang penerima. Skim Mesra Usia Emas yang merupakan program digemari oleh rakyat Selangor dengan bilangan ahli seramai 82,957 orang juga dapat dinikmati oleh golongan M40. Selain itu, golongan ini juga layak sebagai penerima manfaat bagi program Saring Selangor yang telah dinikmati oleh 4,577 orang dan Ujian Saringan Kanser (SelCan) dengan bilangan 826 orang penerima manfaat.

    Selain daripada program ISP, terdapat banyak lagi program dan insentif sedia ada di bawah Kerajaan Negeri yang dapat membantu pemberdayaan rakyat sama ada dalam sektor usahawan, pertanian, perumahan dan juga pendidikan yang boleh dinikmati oleh golongan M40. Di antara program dan insentif ini adalah Selangor Advance, Klinik Usahawan Selangor dan Rumah Idaman Selangor.

  2. Berapa jumlah penerima dari golongan M40 yang menikmati insentif-insentif ini?