Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

20) INSENTIF GENERASI MUDA SELANGOR (IGEMS)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan insentif Generasi Muda Selangor sehingga kini?

    Jumlah permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) adalah sebanyak 1,561 pasangan (3,122 orang). Jumlah tersebut berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pemohon secara atas talian dari 18 November 2019 sehingga 1 Mac 2020 bagi 10 siri kursus yang telah dijadualkan dari Januari 2020 sehingga Julai 2020.

    Sasaran permohonan yang telah ditetapkan bagi tahun 2020 adalah sebanyak 1,500 permohonan pasangan. Sasaran tersebut telah dicapai pada Mac 2020. Ini menunjukkan para belia di Negeri Selangor menyambut dengan baik usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam melaksanakan program ilmiah sebegini bersama pasangan masing-masing.

  2. Berapakah jumlah permohonan yang lulus dan tidak lulus sehingga kini?

    Jumlah permohonan yang lulus dan tidak lulus sehingga kini seperti berikut:

    Sebanyak 33% permohonan yang gagal adalah disebabkan pemohon gagal menghantar dokumen sokongan yang diminta dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dibuat walaupun notifikasi peringatan melalui emel dan panggilan telefon telah dibuat. Manakala 67% lagi adalah disebabkan pemohon tidak menepati salah satu syarat permohonan iGems. Yang paling ramai adalah disebabkan belum daftar sebagai pengundi.

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan kursus kekeluargaan secara dalam talian berikutan penularan wabak Covid-19?

    Tiada sebarang perancangan untuk mengadakan kursus kekeluargaan secara atas talian dalam tempoh COVID-19 buat masa ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.