Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

18) INSENTIF GENERASI MUDA SELANGOR (I-GEMS)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur terkini bagi mendapatkan insentif tersebut?

    Tidak berkaitan kerana program ini hanya dijalankan bermula tahun 2019 sehingga awal tahun 2020 sahaja, selepas itu, telah dimansuhkan bermula pada tahun 2021 dan sehingga kini.

  2. Berapakah jumlah permohonan yang berjaya dan tidak berjaya dari tahun 2021 sehingga kini mengikut DUN?

    Tiada penerima yang layak kerana program telah dimansuhkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.