Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

249) INSENTIF GALAKAN RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci tujuan dan faedah insentif ini diwujudkan?

    Bermula pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan beberapa insentif bagi tujuan sebagai galakan untuk pemaju membina lebih banyak Rumah Selangorku selaras dengan pengumuman Y.A.B. Dato‟ Menteri Besar Selangor semasa pembentangan Belanjawan Tahun 2015. Antara faedah yang telah disediakan bagi Insentif Galakan Rumah Selangorku 2015 adalah seperti berikut:

     

    • Peratusan Rumah khususnya Jenis A dan B yang berbeza boleh dipertimbangkan bergantung pada faktor permintaan, penawaran semasa, lokasi peletakan dan kesediaan kemudahan

     

    • Diskaun premium bagi tanah-tanah yang terlibat dengan pembangunan Rumah Selangorku pada kadar 10% dari nilaian tanah semasa (bagi pembangunan baru). Bagi pindaan 20:20:10 / 20:10:10 kepada Rumah Selangorku pula hanya kelulusan dan dibangunkan pada tahun 2015 sahaja.

     

    • Pengecualian Caj Pemajuan bagi pembangunan tanah / lot yang terlibat dengan Rumah Selangorku (bagi pindaan 20:20:10 / 20:10:10 kepada Rumah Selangorku pula hanya kelulusan dan dibangunkan pada tahun 2015 sahaja.

     

    • Pertimbangan penambahan kepadatan (densiti) Rumah Selangorku sehingga 120 unit per ekar tertakluk kepada Zon Pembangunan, sokongan PBT dengan mengambil kira kesesuaian lokasi, kemudahan infrastruktur seperti jalan keluar masuk (keperluan Laporan TIA) dan keperluan mematuhi syarat teknikal yang ditetapkan oleh

     

     

    • Kelulusan segera (Fast Track) bagi proses yang terlibat di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh masa enam puluh (60) hari dari tarikh kelulusan

     

    Insentif-insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri ini telah menarik minat pemaju untuk membina Rumah Selangorku walaupun pembangunan mereka tidak disyaratkan / tertakluk untuk menyediakan Rumah Selangorku.

     

  2. Berapakah jumlah rumah yang disediakan kepada pemohon melalui insentif ini?

    Sejak Insentif Galakan Rumah Selangorku 2015 diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri, sebanyak 18 buah projek telah menyertai skim tersebut dan telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato‟ Menteri Besar sejak tahun Januari 2015 sehingga Ogos 2016 dengan keseluruhannya sebanyak 22,494 unit Rumah Selangorku telah siap dibina, sedang dibina dan akan dibina di seluruh Negeri Selangor. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut

     

     

    PBT

    Projek / Bilangan Unit
     

    Siap Dibina

    Sedang Dibina (Telah

    Ditawarkan)

    Sedang Dibina (Belum

    Ditawarkan)

     

    Belum Dibina

    Jumlah Keseluruhan Projek / Unit
    MBSA 1

    (536)

    1

    (4,448)

    1

    (388)

    3

    (5,372)

    MPK 3

    (4,139)

    1

    (84)

    4

    (4,223)

    MPKj 2

    (1,584)

    2

    (1,584)

    MPS 1

    (488)

    1

    (198)

    3

    (5,449)

    5

    (6,135)

    MDKL 2

    (3,642)

    2

    (3,642)

    MPSp 1

    (376)

    1

    (376)

    MPSJ 1

    (1,162)

    1

    (1,162)

    JUMLAH 1

    (536)

    7

    (10,659)

    5

    (4,312)

    5

    (6,987)

    18

    (22,494)

     

    Ini tidak termasuk sebanyak 63,628 unit lagi Rumah Selangorku lagi yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tetapi tidak termasuk dalam senarai projek di bawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku 2015.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.