Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

156) INSENTIF BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jenis bantuan yang diberikan kepada NGO di Selangor?

    Soalan (a) dan (b) akan dijawab bersekali

    Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Burong, Kerajaan Negeri Selangor senantiasa memandang serius dan mengambil berat akan peranan NGO – NGO di negeri Selangor dalam usaha melaksanakan program – program berunsurkan kebajikan untuk meringankan bebanan rakyat di negeri ini tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa mahupun agama. Pada masa kini, satu program telah diwujudkan khusus untuk membantu NGO – NGO di negeri Selangor iaitu Program Pemberian Sumbangan Kewangan Kepada Badan – Badan Bukan (NGO). Pemberian sumbangan akan dipertimbangkan kepada NGO yang melaksanakan program – program atau aktiviti – aktiviti berbentuk kebajikan dan mengutamakan rakyat di Negeri Selangor khususnya. Setiap NGO yang mendapat sumbangan akan dinilai dari segi keberkesanan program bagi memastikan ianya dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat di Negeri Selangor khususnya dan secara tidak langsung memberi semangat dan galakan kepada NGO – NGO untuk terus melaksanakan program – program yang berbentuk kebajikan di masa hadapan. Had maksima bagi satu – satu kelulusan permohonan NGO adalah sebanyak RM5,000.00 sahaja yang bergantung kepada pengkhususan program anjuran NGO itu sendiri. Sumbangan adalah disalurkan secara cek di atas nama NGO itu sendiri.

    Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Burong juga, sebelum ini Program Sumbangan Kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) ini adalah diletakkan di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin dengan jumlah peruntukan tahunan sebanyak RM500,000.00. Walau bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun 2019 telah menimbang dan meluluskan Cadangan Pindaan Berhubung Agihan Peruntukan Kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebanyak RM500,000.00 setahun seperti berikut :-

    (i)    Bersetuju agar pindaan berhubung peruntukan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebanyak RM500,000.00 setahun diagihkan kepada 10 orang YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ;

    (ii)   Bersetuju agihan peruntukan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebanyak RM500,000.00 setahun melalui Vot P01-08003 Bantuan NGO dengan agihan sebanyak RM50,000.00 bagi setiap Y.B. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

    Melalui penglibatan kesemua Jawatankuasa Tetap di negeri Selangor, secara tidak langsung ia dapat memperluaskan jaringan komunikasi antara Kerajaan Negeri Selangor dengan NGO – NGO di seluruh Negeri Selangor. Jaringan kerjasama tersebut dapat dijadikan platform dalam melaksanakan program atau aktiviti kebajikan yang mensasarkan anak yatim, ibu tunggal, orang tua dan orang kurang upaya (OKU) serta memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Selangor.

    Yang Berhormat EXCO yang berkenaan akan mempertimbang dan memutuskan jumlah yang akan diberikan kepada setiap permohonan tersebut berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan sepertimana berikut :

    1. Tujuan penubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) mestilah bertujuan kebajikan dan tidak berorientasikan keuntungan.
    2. Sumbangan oleh Kerajaan Negeri kepada NGO tidak melebihi RM5,000.00 selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
    3. Permohonan yang melibatkan kepentingan NGO dan kurang member manfaat kepada masyarakat setempat akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan. Contohnya: Lawatan sambil belajar atau majlis makan malam hanya untuk ahli NGO sahaja.
    4. Setiap Badan Bukan Kerajaan (NGO) hanya layak untuk membuat satu permohonan sahaja dalam tempoh setahun.
    5. Segala bentuk permohonan yang melibatkan aktiviti keagamaan adalah tidak layak memohon.
    6. Permohonan oleh kelab-kelab di bawah Universiti yang menggunakan satu akaun yang sama adalah layak memohon.
    7. Permohonan yang dikemukakan oleh DUN / Parlimen / JKK / Pembangunan Luar Bandar (PLB) adalah tidak layak untuk dipertimbangkan.
  2. Nyatakan kriteria dalam pemilihan NGO yang layak menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.