Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

201) INSENTIF AKTIVITI KREATIF DAN INOVASI DI SEKOLAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif dari Kerajaan Negeri bagi menggalakkan daya kreativiti di kalangan pelajar di sekolah Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Seksyen Pembudayaan Inovasi, Bahagian Korporat menganjurkan program Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) bagi menggalakkan daya kreativiti di masyarakat Negeri Selangor yang merangkumi pelbagai kategori termasuk sekolah Kerajaan Negeri. Salah satu kategori yang dipertandingkan dalam AINS adalah kategori

    Anugerah Inovasi Negeri Selangor ( AINS ) mula diperkenalkan pada tahun 2016 dan merupakan gabungan antara Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor (diperkenalkan mulai tahun 2010) dan Program Cabaran My Innovation (diperkenalkan pada tahun 2014) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang meliputi individu / orang perseorangan / penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi ( IPT ) dalam mencetus idea baru yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di Negeri Selangor.

     

    Antara objektif program ini adalah untuk:

     

    • Mengumpul maklumat produk / hasil inovasi;

     

    • Mempromosi dan menonjolkan produk / hasil inovasi oleh segenap lapisan masyarakat;

     

    • Memberikan pengiktirafan kepada produk / hasil inovasi terbaik sebagai bentuk galakan kepada masyarakat di Negeri Selangor mengembangkan minat dan potensi yang berteraskan inovasi dan kreativiti; dan

     

     

    • Memupuk, membudaya dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam pekerjaan dan persekitaran masyarakat di Negeri

    Pertandingan dipecahkan kepada enam ( 6 ) kategori iaitu

    • Kategori Sektor Awam (Pejabat Daerah dan Tanah/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Agensi-agensi Lain)
    • Kategori Sektor Swasta
    • Kategori Akar Umbi
    • Kategori Sekolah
    • Kategori Institusi Pengajian Tinggi ( IPT
    • Kategori Idea Asal / Prototaip Terbaik

     

    Bagi Kategori Sekolah, insentif dan hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

    BIL TEMPAT HADIAH
    1 Johan RM 5,000.00, Piala dan Sijil Penghargaan
    2 2 Hadiah Penghargaan RM 2,500.00 dan Sijil Penghargaan
    3 Sagu hati Sijil Penghargaan

     

     

  2. Bagaimana dengan insentif untuk SAR?

    Kerajaan Negeri Selangor tiada menyediakan insentif khas untuk SAR. Walau bagaimanapun, bagi meraikan amalan dan pembudayaan inovasi di SAR, pihak SAR boleh menyertai pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Kategori Sekolah seperti yang dinyatakan dalam jawapan bagi Soalan (a).

    Bagi Kategori Sekolah, insentif dan hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

    BIL TEMPAT HADIAH
    1 Johan RM 5,000.00, Piala dan Sijil Penghargaan
    2 2 Hadiah Penghargaan RM 2,500.00 dan Sijil Penghargaan
    3 Sagu hati Sijil Penghargaan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.