Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

249) INSAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah terdapat begitu banyak percanggahan maklumat oleh Kerajaan Negeri dalam memberikan penjelasan berkenaan skim insurans INSAN, terutama dalam soal pendaftaran polisi?

    Kerajaan Negeri selama ini telah memberikan penerangan yang jelas dan konsisten berkenaan pendaftaran Program INSAN.

     

    Percanggahan maklumat hanya akan berlaku sekiranya maklumat-maklumat tentang Program INSAN diperolehi daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ataupun diperolehi daripada pihak-pihak yang tidak mewakili Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.