Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

226) INPENS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bersedia untuk menambah kakitangan atau ahli akademi yang bukan Melayu di institut INPENS? Sila nyatakan sebab-sebab

    Kerajaan bersedia untuk menambah kakitangan atau ahli akademi yang bukan Melayu di Kolej INPENS. Namun setiap pengambilan kakitangan adalah berdasarkan keperluan semasa. Contohnya jika terdapat kekurangan kakitangan barulah pihak kolej akan mengambil kakitangan yang baru. Pengambilan kakitangan bukan Melayu sama seperti pengambilan kakitangan Melayu iaitu harus menerusi temuduga yang dijalankan. Sekiranya layak barulah pihak kolej akan mengambil bekerja.

  2. Apakah benchmark yang digunakan untuk menilai prestasi INPENS?

    Beberapa benchmark digunakan untuk menilai prestasi INPENS iaitu:

    • Kemampuan Kolej untuk menjalankan kursus-kursus yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Semua sijil diiktiraf dan dinilai dengan baik oleh JPK.
    • Peperiksaan luaran yang dianjurkan oleh JPK biasanya mencapai 98% kelulusan.
    • Pelajar yang telah tamat belajar diterima oleh pelbagai pihak. Ada yang telah melanjutkan pengajian kepada yang lebih tinggi dan ada yang terus bekerja dalam bidang masing-masing. Sehingga kini dianggarkan seramai 2989 graduan telah dikeluarkan oleh INPENS. Kajian kepada pelajar yang tamat mendapati bahawa 70% telah bekerja dalam bidang yang dipelajari, 20% melanjutkan pelajaran dan 10% bekerja sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.