Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

28) INOVASI DALAM EKONOMI TEMPATAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program atau insentif diwujudkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk meningkatkan inovasi di dalam ekonomi tempatan?

    PKNS melalui pewujudan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) telah melaksanakan program keusahawanan sejak tahun 1995 dan telah membimbing seramai 48,876 usahawan melalui pelaksanaan lebih dari 35 program keusahawanan.

     

    Antara program-program keusahawanan yang dilaksanakan oleh PKNS adalah:

     

    PROGRAM UTAMA NAMA PROGRAM
    Program Pembudayaan dan Pembangunan

     

    1. Program Perintis Usahawan (PPU)

    2. Program Tunas Niaga (PROTUNe)

    3. Program Bina Bangun Usahawan(BIZUP)

    PKNS

    4. Kursus Keusahawanan

    (Usahawan/Pembimbing)

    5. Sistem BizCamp

    6. PKNS BizCentre Sales

    Program Pemantapan

     

    1. Program Ekspo Usahawan (SELBIZ)

    2. Program Usahawan Siswazah PKNS

    (GROW)

    3. Program Usahawan Siswazah Lanjutan PKNS

    (GROW PLUS)

    4. Malam Anugerah Usahawan

    5. Klinik Usahawan Selangor

    Program Jaringan 1. Penyewaan Ruang Niaga Di Amcorp Mall,

    Petaling Jaya

    2. Penyewaan Ruang Pejabat Serba Lengkap

    (VIO by PKNS)

    3. Program-Program Padanan Perniagaan

    4. Penyewaan Bilik Seminar

    5. Siri Pocket Talk Bersama Agensi

     

    PROGRAM UTAMA NAMA PROGRAM
    Program Perkembangan

     

    1. MEXPRO

    2. Penyelarasan Bantuan Pembiayaan Dana

    3. Kursus Jangka Pendek Access To Retail dan

    Persijilan

    4. Jelajah Usahawan

    5. Penyertaan Ekspo Dalam Negara

    6. Penyertaan Ekspo Luar Negara

     

    PKNS sentiasa meneliti keberkesanan program-program yang dilaksanakan seiring dengan perkembangan semasa bagi memastikan usahawan-usahawan dapat berdaya saing dalam membangun dan mengembangkan perniagaan mereka secara inovatif dan sekaligus meningkatkan ekonomi tempatan.

     

    Program yang ditawarkan kepada usahawan telah ditambahbaik agar usahawan mendapat manfaat yang boleh diaplikasi di dalam perniagaan mereka seperti pengenalan modul perniagaan ke arah teknologi hijau, penggunaan teknologi-teknologi terkini seperti AI, teknologi dalam pembangunan produk dan sebagainya.

     

    PKNS juga telah melancarkan satu aplikasi baharu iaitu PKNS Loyalty pada                     7 September 2024 yang lalu sebagai salah satu penghargaan kepada pelanggan setia PKNS. Melalui platform ini, PKNS juga telah membuka peluang kepada usahawan kecil untuk turut serta di dalam pelbagai acara anjuran PKNS.

     

    Sebagai contoh, aplikasi ini telah dilaksanakan di Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) pada 4-6 Oktober 2024 yang lalu dimana para pengunjung akan menerima mata ganjaran semasa pendaftaran dan juga semasa menyertai aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan di SELBIZ 2024. Jumlah mata ganjaran yang terkumpul ini boleh ditebus oleh pengunjung melalui pembelian di mana-mana reruai pempamer yang terlibat dengan penggunaan aplikasi ini di SELBIZ 2024. Inisiatif ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana ianya menjadi tarikan kepada pengunjung untuk membuat pembelian di reruai-reruai pempamer di ekspo SELBIZ 2024. Manfaat ini dilihat telah menaikkan kadar jualan mereka dan sekaligus menyumbang kepada ekonomi tempatan.

  2. Selain daripada PKNS agensi mana yang terlibat dalam meningkatkan inovasi di dalam ekonomi tempatan?

    Untuk makluman Yang Berhormat Tuan, selain daripada PKNS, peranan bagi meningkatkan aktiviti dan program inovasi turut dimainkan oleh pelbagai agensi dan jabatan. Di peringkat negeri, Kerajaan Negeri pada setiap tahun turut melaksanakan program-program inovasi seperti Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS), Persada Inovasi dan sebagainya bagi meneroka inovasi-inovasi baru melalui penghasilan produk, aplikasi, sistem mahupun proses kerja.

    Namun yang demikian, peranan jabatan dan agensi di peringkat Kerajaan Negeri adalah bersifat umum dan tidak fokus pada segmen tertentu, seperti ekonomi, sosial sebaliknya lebih kepada matlamat untuk pendedahan, panduan dan pengiktirafan kepada produk-produk inovasi yang dihasilkan oleh peserta, dan melalui pengiktirafan tersebut akan membuka lebih ruang kepada para pencipta untuk melangkah lebih ke hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.