Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
331) INISIATIF UNTUK MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN PELUANG PERNIAGAAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan Bantuan/Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam menggalakkan pertumbuhan peluang perniagaan di Selangor.
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Sebagai makluman Yang Berhormat Permatang, di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP), terdapat 4 program dari kluster Iltizam Keusahawanan Selangor yang boleh memberi sokongan dan menggalakkan pertumbuhan peluang perniagaan kepada peniaga khususnya di Selangor seperti berikut :-
- Program Dana Usahawan Mikro (DUMS)
- Program Bantuan BluePrint Pembasmian Kemiskinan
- Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-SEED)
- Skim Hijrah Selangor
Jumlah permohonan yang telah menerima manfaat bagi program-program berkenaan tidak direkodkan mengikut DUN. Ini adalah kerana permohonan berkenaan boleh dibuat secara terus dan telah diuruskan di Pejabat Daerah Dan Tanah masing-masing di Selangor. Bilangan penerima manfaat bagi program berkenaan adalah seperti di Lampiran 1.
Selain program-program Iltizam Selangor Penyayang (ISP), terdapat program-program lain di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan dan Agensi-Agensi lain seperti PKNS, MBI, SIDEC dan SAY yang turut memberi sokongan dan bantuan kepada usahawan. Antara program yang dilaksanakan adalah SELBIZ daripada PKNS, PLATS daripada MBI, Selangor Accelerator Programme (SAP) dan Selangor E-Commerce Xccelerator Programme (ECX) daripada SIDEC serta SAY LEAD Entrepreneurship Programme daripada SAY.
-
Senaraikan bilangan permohonan bagi Inisiatif Kerajaan Negeri tersebut mengikut Dun semenjak January 2023 sehingga January 2024.

Senaraikan bilangan permohonan yang lulus dan permohonan yang gagal untuk insiaitif tersebut khususnya di Dun Permatang.
Bagi jumlah bilangan permohonan lulus dan gagal bagi inisiatif tersebut yang direkodkan bagi Daerah Kuala Selangor termasuk DUN Permatang bagi tahun 2023 hingga Januari 2024 adalah seperti di Lampiran 2.