Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
85) INISIATIF SELANGOR ADVANCE
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan peruntukan yang telah digunakan untuk inisiatif Selangor Advance di bawah MBI.
Selangor Advance mempunyai modal pusingan sebanyak RM 128 juta.
-
Berapa ramai kontraktor dan penyedia perkhidmatan kerajaan dan syarikat swasta telah menerima bayaran melalui Selangor Advance, dan apakah sektor-sektor utama yang terlibat?
Berdasarkan data yang diperolehi dari Selangor Advance sehingga Oktober 2021, hamper 1,200 transaksi pembiayaan telah dibuat untuk 320 kontraktor dan penyedia perkhidmatan Kerajaan dan swasta yang telah menerima bayaran melalui Program Selangor Advance. Untuk makluman senarai sector-sektor utama yan gterlibat adalah sperti berikut :-
- Perdagangan Borong dan Runcit ; membaiki kenderaan bermotor dan motorsikal
- Aktiviti Pentadbiran dan Perkhidmatan sokongan
- Pembinaan dan hartanah
- Data dan komunikasi
- Aktiviti professional, saintifik dna teknikal
- Kewangan dan aktiviti insurans/takaful
- Pengangkutan dan penyimpanan
- Perlombongan dan kuari
- Pertanian, perhutanan dan perikanan
- Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan
- Pentadbiran awam dan pertahanan