Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
252) INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah ahli SMUE yang telah berdaftar dan nyatakan jumlah perbelanjaan tahun 2023?
Untuk makluman, jumlah ahli SMUE yang telah berdaftar pada tahun 2023 adalah seramai 120,643 orang dengan jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan sebanyak RM40,442,202.11. Jadual berikut merupakan pecahan perbelanjaan bagi tahun 2023:
-
Berapakah jumlah permohonan yang berjaya mendapatkan bantuan yuran asas universiti (bayu) setakat ini? Perincikan mengikut DUN.
Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) merupakan salah satu Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan bantuan yuran asas berjumlah RM500 yang diberikan kepada setiap pelajar yang layak pada setiap semester bagi setiap tahun pengajian. Bantuan ini diperuntukkan khas kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi milik Kerajaan Negeri Selangor iaitu Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Islam Selangor (UIS).
Yuran asas tersebut merangkumi Yuran Perpustakaan, Yuran Makmal, Yuran Teknologi Maklumat, Yuran Kesihatan dan Yuran Aktiviti Pelajar. Bantuan Yuran Asas ini dijangka dapat meringankan beban kewangan kepada pelajar terutama bagi mereka dari kalangan B40 dan M40. Berikut merupakan jumlah penerima dan peruntukan yang disalurkan dari tahun 2021 – 2023. Walau bagaimanapun, tiada data dapat diperincikan mengikut DUN.